Wednesday 25 January 2012

Permulaan 2012


Salam semua...semoga sihat2 belaka ye.....

Alhamdulilah, walaupun dah hampir sebulan 2012 menjengukan diri, namun baru hari ini berkesempatan untuk mengucapkan selamat datang kepada tahun baru ni....heheheh

Alhamdullilah, permulaan 2012 setakat ini adalah baik untuk diri ku. Kesihatan pun alhamdulilah baik, cuma 2 3 hari lepas baru dilanda demam selsema dan tonsil membengkak. Tpi sekarang alahamdulillah dah kebah syukur....

Berbanding tahun2 baru yang lepas, 2012 pada aku lebih bermakna kerana tahun ni beberapa perkara yang baik berlaku dalam hidup ku. Syukur aku panjatkan pada ILLAHI kerana memakbulkan doa ku agar mendapat pekerjaan yang tetap. Syukur yang teramat sangat.

Tahun baru ni jugak aku mulakan dengan berjalan2 ke Kelantan dan juga ke Penang. Satu pengalaman yang mengujakan apabila dapat bercuti ala2 Back Pack macam tu..heheh..maklum masa belajar dulu tak berkesempatan untuk lakukan benda macam tu. Jadi sekarang bila ada masa yang lapang dan terluang barulah teringin nak buat macam tu.

Di kelantan dapat jugak aku berjalan2 ke rantau panjang, wakaf che yeh dan pasar siti khadijah...walaupun aku x beli apa2, namun jalan2 cuci mata pun dah cukup. Tenag rasanya jiwa ni bila berjalan ditempat orang. Terlupa sekejap yang diri tu adalah PLHIV...heheheheheh.....apapepun kelantan jauh membangun berbanding kali terakhir aku melawat nya dulu....

Di penang pula, aku berkesempatan untuk berjumpa dengan salah seorang rakan senasib bersama dengan keluarganya. Terima kasih pada Yang membawa seorang lagi rakan senasib. Dirumah nya aku dan rakan dijamu dengan NASI AYAM MASALA katanya..heheh memang sedap!!!cuma aku makan sikit je sebab keyang dah.Terima kasih diucapkan. Satu pengalaman yang x dapat dilupakan. Harapan aku lepas ni lebih banyak benda yang baik berlaku dalm hidup ku...insyallah

P/S:Lepas ni nak jalan2 lagi heheheh

KKM Perlu Tingkatkan KUALITI RAWATAN


Salam semua.....

Saya ni bukan le ahli parlimen nak kupaskan pasal isu ni..tapi tertarik utnuk meluahakan apa yang saya rasa sepatutnya.....

Mula2 nak ucapkan terima kasih kepada KKM keran sudi merawat pesakit2 HIV....jutaan terima kasih yang tidak terhingga...Namun disebalik rasa bersyukur itu ada juga sebenarnya rasa ketidak puasan hati berkaitan rawatn yang dijalankan kepada sesetengah pesakit HIV......

Apa yang x puas hati????

Korong pernah tanya x, kat mana Doktor ID letakan fail rawatan korang????Sapa je yang boleh tengok dan sejauh mana kerahsiaan maklumat korang terjaga????.....

Baru2 ni aku bawak seoarng rakan senasib untuk memulakan rawatn nya disebuah klinik kesihatan yang tak perlu aku sebutkan namanya......secara ringkas aku tengok cara penyimpanan fail mereka bagi pesakit HIV di klinik kesihatan tersebut memang boleh dikatakan tahap HAMPEH.....korang nak tahu kenapa???

Macam ni, lepas kwan aku dah selesai jumpa DR pakar untuk mula rawatan, dia suruh kawan aku ni dapatkan sedikit kaunseling dengan seorang pegawai KKM...aku pun ikot lah sekali masuk bilik dia....Terperanjat aku bila aku tengok FAIL pesakit2 ID especially HIV melambak atas meja dia, atas SOFA pun ada bertimbun..kuang3.....Dalam hati aku kata biar betul kelinik ni? dah xde almari lagi ke nak beli untuk simpan fail macam nie?Bukan ke semua maklumat pesakit tersebut adalah rahsia dri pengetahuan orang lain?...Habis kalau dah sampai atas SOFA, so UOLS faham2 lah kan...benda tu jadi rahsia ke x?...heheheh..kesian betul pesakit2 tu semua......Tolong lah jaga privasi kami ni sikit...kalau semua orang luar boleh terima pesakit HIV macam pesakit lain xpe lah jugak..sempat lah nak GLAMOUR..ni kena maki dan caci adalah...so pokoknya aku memang x puas hati.....

Untuk maklumat korg....di tempat aku, fail nye xde pulak diletak besepah macam tu....lega lah jugak...sebab hanya DR dan MA je yang akan tgok fail tu..dan aku juga....hehheheh....

Korang tahu x..bahaya kalau fail2 macam tu x disimpan dengan elok....alamatnya jadilah macam rakan senasib aku ni, yang terpaksa menukar rawatn ke satu tempat lain...sebabnya, ramai orang ambil number telifon dia dan buat kacau dengan dia....baik2 benda tu x heboh..takot2 heboh satu tempatt rawatn tu....huh..x rela DEN.....Korang RELA KE?????kalau rela x pe lah.....hahahahah



Jadi haraplah KKM dapat buat satu STANDARD yang khusus bagi tujuan pemfailan bagi pesakit2 HIV x kira lah kat HOSPITAL besar ke, POLIKLINIK ke, klinik kesihatan ke, supaya segala maklumat sulit ni terjaga...kami ni x mintak lebih2...cuma harap lah KKM lebih bersikap Professional dalam hal2 sebegini....buat dan hantarlah kakitangan KKM ke mana2 latihan....mantapkan sikit kaedah menguruskan maklumat pesakit ye.......mudah2an...amin






P/S: So korang lepas nie, intai2 sikit kat mana Doktor korang simpan fail macam mana ye.....hehehehehe...

Media Vs HIV


Salam semua....
Lama dah x berseua kan....kali ni mari kita bincangkan tentang peranan media dalam membantu pesakit HIV....

Korang perasan x..setiap kali media keluarkan cerita mengenai HIV semuanya mereka akan keluarkan yang buruk2 jer.....Pada dorg HIV ni JIJIK...bila dah ada pandangan yang macam ni, mulalah dorg hasilkan tulisan ataupun cerita yang pada pendapat saya merapu dan berat sebelah....

Cuba tengok, bila sesetengah drama yang di terbitkan mengenai HIV semuanya yang bururk2.....contohnya..pesakit HIV semua akan mati dalam keadaan kurus kering, bernanah kulit, macam jerangkung dan lain2 lagi....Persoalanya, betul ke semua macam tu? Dan ada pulak cerita yang dibuat tiba2 orang tu dah AIDS dalam masa yang singkat......Ehm..ni yang nak marah nie...PRODUSER tu dah kaji ke betul2 tetang HIV nie???? AIDS dah kaji??? jangan lah sekadar tahu yang asas dah mula buat kesimpulan....

Memang bagus untuk buat filem2 atau drama sebegitu untuk memberi peringatan kepada masyarakat supaya berhati2 dengan jangkitan HIV, dan bagus juga kalau nak menyedarkan kepada masyarakat khususnye remaja macam mana HIV boleh merebak....macam mana AIDS tu boleh berlaku....Tapiiiiii..tolonglah..biar segala info tu betul...Ye....

OK cuba fikirkan, bila sesebuah filem berkaitan pesakit HIV di lakonkan, dalam cerita tersebut ditunjukan bagaimana Si pesakit boleh dapat HIV dan apa pulak simptom2 yang kebiasaanya bagi pesakit HIV. Dalam bab ni memang dah bagus dah, sbb dia bg tahu orang kat luar sana bahawa berhati2 dengan kehidupan yang ada sekarang supaya nanti x terjebak dengan HIV.....TAPI cuba korang fikir...kalau dah ditunjukan mati berulat dan sebagainya, apa lah agak2nya perasaan pesakit HIV yang menonton filem tersebut????....Mungkin ada yang kata, PADAN MUKA DIA SAPA SURUH BUAT DOSA..MEMANG PATUTLAH DIA KENA.......amboi2 sedap je korang cakap kan??X kena batang hidung boleh lah cakap....nanti jangan dah kena baru nak komen bagai...(ingatkan diri juga)......

Drama2 sebegini sebenarnya adalah tidak adil pada pendapat saya kerana hanya melihatkan kelebihan satu pihak sahaja...sedangkan pesakit2 HIV yang menonton akan terganggu emosinya...selain itu, banyak info2 yang ditunjukan kebanyakanya tidak tepat atau sekerat jalan sahaja......Oleh itu produser filem atau drama buat lah satu filem yang betul2 menyeluruh..atau secara TOTAL.....Tunjukan kepada masyarakat bahawa HIV bukan penyakit yang kalau dapat hari ni, esok dah MAMPOS....tunjukan kepada masyarakat bagaimana pesakit HIV dirawat, malah ada yang boleh hidup lebih sihat dah lebih lama berbanding orang lain yang negatif....

Tunjukan juga bagaimana pesakit HIV yang sihat hidup bermasyarakat, emosi mereka, bagaimana mereka ini mendapat kekuatan untuk terus hidup...Fakta2 sebegini yang harus di tonjolkan dengan lebih banyak...baru lah STIGMA masyarakat  terhadap HIV boleh berubah....Jangan tunjukkan yang buruk2.....itu menakotkan orang untuk belajar dan tahu lebih lanjut berkaitan HIV......kalau macam ni gaya nya..sampai bila2 lah orang pandang HINA pada pembawa HIV.....sepatutnya tunjuk pada mereka bagai mana kalau ada ahli keluarga untuk hidup bersama penghidap HIV, macam mana nak dapatkan kauseling sekiranya berlaku perkara sedemikian...apa itu HAART dan sebagainya,.dengan cara ini secara tak langsung membuka mata masyarakat.

Tolonglah kepada penggiat seni diluar sana....Bantu lah kami dalam menghakis STIGMA dan PREJUDIS yang negetif terhadap pesakit HIV......kami tidak jijik...MEDIA amat penting dalam menjayakan misi ini....kalau sekarang kita mulakan, x mustahil satu hari nanti HIV ni orang dah x jijik nak pandang...malah lebih ramai yang akan tampil untuk kongsikan maklumat dan lain2 yang bermanfaat......kesedaran yang hakiki bukan boleh dimiliki dalam masa yang singkat.. utnuk mendidik masyarakat utntuk sesuatu benda yang baru bukan lah satu agenda mudah...namun denga kuasa media...saya yakin satu hari nanti ada sinar baru bagi pesakit2 HIV..insyallah....







P/s: Jadi kepada sesiapa yang nak buat movie ke, drama ke pasal benda nie...buatlah kajian yang menyeluruh ye...jangan semberono jerk...kaji betul2..hasilkan kesan dan impak yang meletop....baru boleh tabik spring..heheheheh

Tuesday 24 January 2012

Lama Menyepi....



Salam semua ....
Maaf lah dah lama x mengaktifkan diri dalam blog ni....
Malahan banyak juga info2 dalam blog AHP yang saya telah ketinggalan....
Hebat saudara AHP....
Satu anugerah yang tidak ternilai berkenalan dengan saudara AHP...Alhamdulillah....

Untuk maklumat saudara bukan saya x mahu upload entry baru...tetapi banyak perkara yang saya perlu uruskan... termasuk lah hal berkaitan emosi dan lain-lain...

Tapi x mengapa saya akan uploadkan beberapa entry pada masa yang terdekat ni....insyallah....

Tunggu ye...