Sunday, 1 June 2014

Salam

Salam sejahtera kepada semua rakan....

Maaf sangat lama tidak menjengah ke blog sendiri ini..malah tidak seaktif rakan seperjuangan yang lain dalam memberikan maklumat dan info kepada rakan senasib.... walaubagaimanapun, sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan ataupun guide boleh berhubung dengan saya melalui email ataupun no telefon....

email:
positifnegatif87@yahoo.com.my

Thursday, 31 January 2013

Ulang TAHUN ke 2


Dengan Nama ALLAH yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI...

Dengan Lafaz syukur saya panjatkan kehadrat ALLAH yang masih lagi meminjamkan nyawa untuk saya terus berada di dunia yang Fana ini. Syukur sekali lagi.

Tanggal 19 February 2013  genap lah usia saya 2 tahun bergelar sebagai PLHIV. Pejam celik rupanya dah 2 tahun berlalu. Syukurnya saya masih belum memulakan rawatan HAART. Alhamdulillah Allah masih memanjangkan tempoh saya untuk berada dalam keadaan bebas ubat. Walaubagaimanapun saya yakin lambat laun pasti saya akan menjamah SMARTIES HAART itu juga. 

Sepanjangtempoh 2 tahun ini banyak yang saya lalui. Yang seronok, yang duka dan yang xde perasaan pon ada. Sepanjang tempoh ini juga ramai kawan2 dan rakan seperjuangan yang saya kenal yang datang nya daripada berbeza latar belakang. Sokongan dan dorongan dari rakan2 seperjuangan masih terus dirasai, Alhamdulillah syukur atas keperihatinan mereka semua. Saya amat bersyukur. 

Dalam tempoh dua tahun ini, saya dah join  dua komuniti sokongan sama ada secara terus atau pon hanya secara maya sahaja. Jujur saya akui sumbangan saya dalam komuniti yang saya sertai itu masih lagi sedikit dan tidak berbaloi kepada ahli komuniti. Bukan kerana tidak mahu sertai program yang mereka aturkan, cuma kadangkala kekangan hidup hanya kita dan diri sendiri sahaja yang memahami. Walaubagaimanapun saya tidak pernah putus dan berhenti berdoa pada ALLAH agar hasrat murni rakan2 yang lain untuk membantu ahli komuniti terus diberikan kekuatan oleh Allah.  

Syabas dan kredit di ucapkan kepada  AHP the FOUNDER of THE POSITIVE WARRIOR SUPPORT GROUP dan PEMILIK kepada BLOG AHP yang telah berjaya menubuhkan satu lagi NGO untuk membantu PLHIV. Dan dengar kata baru2 ni semasa berlangsungnyua pemilihan Organisasi beliau masih berjaya sebagai PRESIDEN persatuan dan pertubuhan. TAHNIAH! Perjuangan anda masih diperlukan oleh orang ramai terutama rakan senasib. Saya doakan semoga hasrat MURNI dan BAIK pertubuhan NGO ini dipermudahkan oleh ALLAH.

Dalam tempoh dua tahun ramai rakan2 baru di Diagnose dengan penyakit ini, ramai muka2 baru yang muncul. Malah jujur dikatakan ramai dikalangan mereka tidak pon saya kenal. Cuma beberapa rakan lama pada awal2 perkenalan dahulu. Tapi saya syukur dan bangga, kerana jaringan ukhwah untuk membantu rakan senasib semakin kuat dan kukuh. 

Sedih dalam hati tidak dapat di elak, tatkala beberapa orang rakan yang saya kenal secara peribadi telah pergi mengahadap ALLAH lebih awal dari diri ini. Masih segar seorang rakan yang saya kenal di JOHOR, sering kali berkongsi cerita dan pengalaman serta keluh kesah apabila beliau ditimpa masalah ini. Rupanya perbualan kali terakhir adalah seminggu sebelum beliau kembali kepada SANG PENCIPTA selamanya. Masih saya ingat apa yang beliau katakan, kerana hasratnya mahu sangat berjumpa dengan kawan2 senasib yang pernah dikenalinya. Namun hasratnya itu tidak kesampaian, hanya Sumbangan AL-Fatihah untuk beliau semoga ALLAH memelihara roh dan menempatkanya dalam golongan yang ALLAH sayangi dan redhai.



Tidak kurangnya pelabagai krisis yang timbul. Walaupun bergelar PL:HI masalah hidup terus menghantui. Perasaan suka dan mudah terguris dikalangan rakan senasib masih berlaku. Jujur juga dikatan ia berlaku pada diri sendiri juga. nak BUEK macm mano, eden pon manusia jugak. Tapi apapun benda tu semua sebahagian dari rencah hidup. Rawatan terbaik adalah melupakan nya. 

Blog yang saya buat ni pon lama sangat x update. Kurang infonya. Kurang POPULAR nya.. heheheh nak buek macam mano. xde mood x upload hari2...kadang2 xde idea nak tulis apa. Sory ler kalau BLOG ni x membantu sangat. heheheh sory lah ek. Ni pon baru upload baru selepas bersawang lamanya ditinggalkan. Tapi pada rakan pembaca dan penulis BLOG yang lain, teruskan usaha dan niat baik anda membantu rakan senasib melalui pembacaan blog secara maya. Bantulah mereka sebaik mungkin.

Ok lah last sekali HAPPY 2 YEARS ANNIVERSARY TO ME..HEEE

p/s: Ya ALLAh kau panjangkan lah umurku, berikan kesihatan yang baik kepada ku, rawatkan JASMANI dan ROHANI ku. Aku redha dengan TAKDIR mu ya ALLAH. Moga kau kembalikan diri ku kepada MU dalam keadaan yang SEMPURA dan terhindar cacat cela tomahan manusia. YA ALLAH kepada ENGKAU ku SEMBAH dan KEPADA KAU ku MINTA pertolongan. AMIN



 


Thursday, 6 September 2012

Ishhhhhhhhhhhh2

Bismillahirahmanirahim...

Salam semua kepada yang masih sudi nak tengok blog ni. Walaupun dah berabuk dan kulapok dengan habok...hahahaha....
Rasanya masih sempat untuk saya mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin bagi seluruh pembaca blog ini.
Dalam kesibukan kite merayakan aidilfitri, kite juga sibuk menyambut kedatangan bulan yang diangggap sangat penting dalam kehidupan sebagai seorang warganegara MALAYSIA. Manakan tidak 31 ogos jatuhnya pada bulan syawal dimana orang islam kat negara ni masih sibuk menyambut dengan rumah terbuka. Pendik kata DOUBLE happy lah. 


Namun apa yang kurang menyenangkan apabila sehari selepas sambutan merdeka, seluruh warga Malaysia digemparkan dengan insiden sekumpulan manusia yang memijak gambar Dato' Najib dan juga membawa bendera baru untuk kononnye menggantikan bendera Malaysia yang sedia ada.


Huh sedeh betol ada orang macam ni.... Kalau x suka dengan kepimpinan yang ada skrg ni, bukan begitu caranya nak tunjukan Protes!!.. Yang lakukan tu pulak ada dari kalangan orang MELAYU....ni lagi x boleh pakai... Sesedap rasa je nak pijak gambau orang lain...siap tunjuk TUUUUUUUUUUUUUUUUUUT lagi... Agak2 la..kalau ko x suke orang tu...jangan le buat gitu... 


Cube gambau bapak dan mak korang kena pijak dengan orang yang x suke mereka...apa korang rasa??? Padahal yang buat tu bukan orang yang cetek akal fikiran nya.... Tak fikir panjang lansung...... Ni lah orang kite, mudah sgt terpedaya....
Apa pun aku pon sakit ati tengok orang yang buat macm tu....
Kalau rasa x suke orang tu, t time ngundi ko pangkah lah sapa pon ko suke..... jangan pulak t time ngundi orang tu semua dok dalam tandas menyorok. Hampeh dan Hampas...
Aku orang MALAYSIA...aku sayang negara aku walaupun aku PLhIV....kalau orang yang x suke negara ni...boleh blah..dok jauh2...


p/s: korang Plhiv ke x korang kena ada smgt patriotik kat negara korang lahir ok...chau
x

Wednesday, 27 June 2012

RINTIH


Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum semua, maaf lama x masuk kan entry kat dalam ni...
Bukan sebab apa tapi x de idea atau maklumat yang nak dikongsikan...

Alhamdulillah setelah hampir setahun lebih bergelar PLHIV maka bermacam lah peristiwa dan perkara yang berlaku dalam hidup ini samada yang gembira ataupun sedeh. Tapi oleh kerana prinsip hidup dunia masa sentiasa beredar maka sedar atau tidak ada yang berjaya diselesaikan dan ada juga yang dilupakan begitu sahaja.

Dalam hidup bermasyarakat pula, alhamdulillah selagi mereka tak tahu status kita maka perhubungan dengan orang sekeliling itu manjadi biasa. Perkenalan terus berlaku samada yang PLHIV ataupun tidak. Tidak kurang juga yang pergi tanpa berita ataupun dengan mengejut. Tapi apakan daya yang pergi akan terus pergi dan kita pasti akan menyusul kemudian.

Namun apa yang pasti, semakin ramai kenalan PLHIV yang memberikan kita semangat untuk terus hidup dan berjuag, pada mereka yang berbuat demikian saya ucapkan jutaan terima kasih dan jasa anda akan saya kenang sampai akhir hayat. Namun sepekara yang paling payah sebagai PLHIV ni adalah dalam pengurusan EMOSI adalah paling sukar. Ia sering datang tanpa dipinta ataupun akibat tindakan kita sendiri. Saya yakin dan percaya EMOSI setiap PLHIV tidak sama, kadar pemahaman mereka tentang emosi juga berbeza-beza. Hujahnya setiap orang adalah berbeza dan pemikiran juga berbeza. lantas ramailah yang mengatakan PLHIV harus bijak mengawal emosi, atau dalam bahasa kampongnye MEROYAN!!!!. Tapi semua PLHIV ni tahu ke apa itu PENGURUSAN EMOSI yang BIJAK????? walaupun dia bijak dalam akademik. Kononya kelulusan Universiti itu ini dan sebagainya...

Pengurusan EMOSI yang bijak???PLHIV semua tahu ke??? ko cakap sikit??? bagi saya@aku entahlah susah nak difinisi bijak tu macam mana. Sebab ia sangat subjektif. Ada sesetengah cakap PENGURUSAN BIJAK tu apabila hidup dia tenang je, x gabra, dan bila depan orang dia cool je walaupun ada masalah yang berkaitan emosi. Ada juga orang bijak mengurus emosi ni bila dia ketawa dan senyum selalu seolah2 macam xde apa2 berlaku. dan tak kurang juga apaibila ada mengatakan bila dia kurang mengadu domba tu maknanya dia bijak mengurus emosi lah tu.Hahahaha macam2 lah pendapat tentang perkara ni. Bila tanya pakar pulak, maka mula la dia dok keluarkan petikan dari kajian yang dilakukan orang tu lah, orang ini lah, kena buat macam tu lah, macam ni lah. Ada juga pakar mengintepritasi dengan pelbagai cara. Hahahahah...maklum dia kan PAKAR...

Jadi terpulang pada korang lah nak duduk dalam kategori mana untuk memberikan pendifinisian BIJAK menguruskan EMO tu macam mana supaya x meroyan. So  setiap PLHIV ni dia ada cara masing2 untuk uruskan benda tu. Jangan PLHIV (A) cakap PLHIV (B) xc betol dalam uruskan emosi dia. Dalam memberi pandangan x de masalah terpelang pada yang mendengar samada nak ikot nasihat atau cadangan yang diberikan atau tidak. RESPECT ler kata orang...

Belum tentu orang yang dok ketawa sementang dan coool jerk tu EMOSI dia GILE2 STABIL macam konkrit....Silap2 dalam hati dia MEROYAN jugak bagai nak rak....hahaha... Dan bukan juga orang yang dok mengadu domba dan menangis jerk EMOSI dia lembik macam jeli...tapi musibah dia dapat tempuh jugak...jadi x boleh nak salahkan mana2. Bergantung kepada diri orang itu....

Aku ni bukan apa, dok ingtkan diri sendiri sungguhpun aku PLHIV yang sama status nye dengan PLHIV lain diluar sana tapi, dia adalah dia, dan aku adalah aku. So aku pon x patut nak cakap lebih2. Perjalanan hidup setiap PLHIV tak sama. Yang sama nye semua PLHIV kebanyakan mengalami kesan emosi dari masyarakat (DISKRIMINASI) dan kesan fizikal HAART yang hampir sama. Tapi berkaitan EMOSI peribadi EVERY PLHI is DIFFER from OTHERS....jadi paham2 lah...

Jangan lah dok kata " oit ko ni lembik lah, dok meroyan jerk. Aku PLHIV gak, tgok aku ada macam ko? mana ada meroyan2..buang masa jerk" hahahah senangkan cakap...." katup bibir atas bawah jadi jerk....tapi pernah fikir dia sapa ko sapa??? kalau dah dia tu sebijik macam ko maknanya dia bukan orang lain ler....senang cakap dia tu lain ko lain...abis citer...

Hormat menghormati ni perlu dikalangan PLHIV juga. X kira lah berbeza CD4 ke dah makan ubat ke belum ke, tu bukan persoalan dia. Senioriti PLHIV menjadikan maklumat dan pengalaman nye sangat berharga untuk PLHIV baru, oleh itu PLHIV yang baru kena bijak mengaup segala maklumat yang berguna.Tapi kena ingat PLHIV yang baru HORMAT yang senioriti. yang senioriti pula tak boleh anggap yang PLHIV baru ni boleh ikot rentak mereka dengan cepat, setahun dua belum tentu lagi boleh. FRAGILE lagi mereka ni. JAdi janganlah terlalu berkeras sangat. Tapi yang PLHIV kena lah juga berubah, jangan dok lembik je.....Yang SENIOR di HORMATI dan JUNIOR disayangi...jadi saling memahami.....

Bukan apa lah takot2 nanti tersalah dan terasa hati, terkecik ati orang ,mana kita nak tahu kan....BILA nak mintak maaf??? ehm..semua ni aku ingtkan untuk diri aku juga....dah masuk kubur sokdah x sempat nak SMS mintak maaf...orang tu lak belum tentu nak maafkan kite...kan naya...HIDUP ni bukan milik kita 100% sebahagian nya milik masyarakat. Macam dalam Al-Quran bagi tahu "Hablum minalAllah, Wa Hablum miNannas" Perhubungan itu ada dua iaitu dengan Allah dan dengan manusia. Xde pulak cakap hidup kita 100% milik kita....so renungkan ye diri KU!!!!

samapi disi sahaja entry kali ni. Entah apa aku merapu pon tahu...Chau!!!



P/s: Saya mintak maaf kalau entry kali ni agak terkasar.....xde niat selain untuk ingatan DIRI SENDIRI....so sambil tu dengar NASYID ni sebagai HALWA telinga


Sunday, 18 March 2012

Kredit For AHP _Thanks A LoT





Jam melewati pukul 3.20 pagi….mata ku masih lagi belum menunjukan tanda-tanda mahu tidur, walaupun esok ada tugasan yang perlu dibuat awal pagi. Dalam mengulit mata ini supaya tidur, fikiran ku tiba-tiba memikirkan sesuatu perkara yang berlaku malam semalam….Lantas aku bangun dan terus menghidupkan Komputer riba yang berada di atas lantai….

Masih segar dalam ingatan ku apa yang terjadi malam semalam…
Ketika itu aku sibuk melayari laman web sosial ku, pantas saja tangan ku menkan butang-butang yang ada didalam laman sesawang. Tiba-tiba aku terfikir dan teringin untuk melayari satu laman yang dulunya aku selalu sahaja buka…Lantas ku masukan alamat jaringan nya…perlahan-lahan aku menunggu “LOADING” period….arghhhh kenapa malam ni “LINE” internet sungguh perlahan…selalunya tak pula sebegini…dalam beberapa ketika keluar lah laman WEB itu iaitu akuhivpositif.blogspot…dengan menggunakan tetikus yang ada dijari, perlahan-lahan aku skrol blog tersebut…Ehm nampaknya ada entry baru dari saudara AHP…Cuma kali ni, entry dia lain sikit, tak macam sebelum ni. Bila dilihat tajuknya, memang nak baca lebih lanjut…Nak tahu apa yang ditulis??? Moh dengar den citer lagi….

Perlahan-lahan mata ku membaca setiap perkatan dalam entry yang ditulis saudara AHP kali ni…dan Jujurnya ini kali pertama aku katakan bahawa aku baca BLOG ini dengan sepenuh jiwa dan raga ku….tiap baris dan perenggan ku amati dan baca dengan penuh konsentrasi…Rupanya entry kali ini amat berbeza….betul ke apa yang aku baca ni??? Ini ke yang AHP tulis dalam BLOG dia…?? Mulanya diawal pembacaan aku tidak begitu emosi, tetapi semakin jauh meneliti bait-bait kata dalam entry kali ini, tidak semena-mena air mata ku jatuh sedikit demi sedikit…Sedihnya bukan kepalang…air mata ku tidak tertanggung lagi…

Selama ini AHP x pernah luahkan apa yang dirasakan dalam dirinya…hanya yang ditunjukan kepada orang adalah sifat COOL dia yang sentiasa tenang…Riak mukanya yang sentiasa senyum dan wajah kebapaan yang sentiasa mengambil berat terhadap orang lain…Rupanya disebalik itu semua kita terlupa untuk melihat apa sebenarnya yang AHP rasa…

Terlalu banyak kelukaan yang di alami oleh AHP, terlalu banyak kedukaan yang ditempuhi oleh AHP dan terlalu banyak perkara yang dipendam oleh AHP, semata-mata untuk terus memberi semangat pada rakan PLHIV yang lain…aku sendiri lupa akan benda ini…Ya ALLAH hamba mu ini telah mementingkan dirinya sendiri, dengan melupakan saudara nya yang lain…

Mengimbau kembali di awal waktu aku disahkan sebagai PLHIV, BLOG AHP lah yang menjadi penemanku. Diwaktu itu, ketika aku hilang arah mencari tempat mengadu, AHP lah aku hubungi menceritakan nasib ku. Aku masih ingat, tidak pernah sekali pun AHP mengabaikan segala email yang ku tujukan kepadanya. Dan tidak jemu-jemu memberi semangat kepadaku. Masa tu aku rasakan bertuah sekali. Aku syukur kerana masih ada insan yang berhati mulia seperti AHP.
Pernah sekali, dalam balasan email yang ditulis AHP kepada diriku, beliau kata jangan sesekali mengalah dengan HIV, kita mesti kuat, jangan terlalu fikirkan benda remeh temeh yang boleh membuatkan emosi kita terganggu…walaupun mudah dan ringkas tetapi amat bermakna.

Bukan sekadar email, malah AHP sanggup memberikan nombor telifon nya supaya mudah berhubung untuk bertanyakan apa yang kurang difahami dan apa yang dirunsingkan. Masa itu aku sangat terharu…Terima kasih AHP

Kalau dulu, aku kerap buka BLOG AHP. Boleh dikatakan setiap hari. Namun bila hari berganti hari, emosi ku semakin baik dan boleh menerima takdir ku sebagai PLHIV, aku mula kurang untuk menjenguk ke BLOG AHP…Pada awal waktu nya dulu, tak ramai pengunjung ke BLOG AHP, boleh dikatakan aku antara orang yang terawal. Namun bukan itu yang hendak dibanggakan.

Kini setelah hampir setahun lebih BLOG AHP muncul, semakin ramai lah orang-orang baru yang hadir dalam BLOG AHP. Alhamdulillah, rupanya BLOG AHP ni memang sangat berguna kepada PLHIV yang baru didiagnose. Sekelumit pun aku tak pernah rasa cemburu pada orang-orang baru yang hadir dalam blog itu…malah aku rasa bangga dengan BLOG AHP kerana mampu membantu ramai orang..

Bila semakin ramai yang hadir dalam BLOG AHP, makin banyak yang memberi komen-komen yang membina, nasihat, petua dan bermacam-macam lagi. Tapi ada juga yang KONDEM2 nie…yang paling kelakar ada yang nak jual produk…tapi AHP tetap layan mereka semua dengan sikap yang professional. Apa yang ketara, ramai orang-orang baru yang hadir memerlukan bantuan dalam BLOG AHP. Sampai kan aku pun dah tak kenal orang-orang baru tersebut. Cuma beberapa rakan lama yang masih aku kenal. Ketika itu, aku rasakan sudah sampai masa aku kurangkan penampilan ku di dalam BLOG AHP…supaya ada ruang untuk AHP membantu yang lain. Aku lakukan benda ni bukan sebab aku merajuk, tetapi bagi lah peluang pada rakan-rakan baru untuk berdamping dan menimba maklumat dari AHP. Pada aku, AHP dah beri tunjuk ajar yang apa sepatutnya aku lakukan. Macam AHP katakana dulu, kita kena kuat. Jadi dengan kata-kata itu, jarang lah aku mengadu pada AHP, malah nak komen dlm BLOG AHP pun dah kurang. Sebab nak belajar apa yang AHP katakana supaya jadi kuat.

Walaupun kurang berhubung dengan AHP, namun tak pernah sedikit pun aku lupakan beliau. Sentiasa dekat dalam hati. Mungkin kerana jarak umur, keakraban aku dengan AHP tidak seperti sesetengah rakan lain yang pernah mengenali AHP. Tapi aku tak pernah ambil hati, apa yang penting AHP selesa untuk bercerita dan berkongsi masalah dengan rakan yang beliau rasakan mudah dan lebih memahami.

Cuma apa yang aku terkilan, apa bila membaca entry baru AHP ialah sikap aku yang pentingkan diri. Ada benar jugak apa yang ditulis AHP. Asyik dia je nak dengar masalah orang (termasuk aku), tapi orang tak mahu nak dengar masalah dia. Dia jugak lah yang selalu Tanya khabar orang (termasuk aku), tapi orang jaran sangat Tanya khabar dia. Benda ni buat aku terfikir yang aku memang mementingkan diri. Tersedar dari mimpi agaknya…Aku terfikir, mungkin aku ni pencerita yang hebat, tapi adakah aku juga seorang pendengar masalah yang hebat??? Adakah aku peka dengan sensitivity rakan???

Aku terfikir tak boleh ke sesekali aku ni angkat telifon dan Tanya khabar AHP dahulu, kalau tidak pun SMS je dia. Bukan payah pun, tapi tu pun aku tak mampu buat. Terasa  seperti orang yang tidak mengenang budi pula…

Apapun buat AHP, saudara adalah insan mulia yang sanggup membantu tidak kira masa, penat dan jerih. Aku amat terhutang budi pada beliau. Dan percaya lah budi AHP akan ku kenang sampai ke liang LAHAD. Maaf kan saya atas apa yang kurang dalam diri ini. Buat AHP, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga…Jasa mu ku kenang, budimu kujulang.


p/s: AHP lepas ni jangan pendam2 lagi perasaan tu….luahkan, saya juga sedia mendengar, walaupun saya ni hanya budak hingusan yang kurang ilmunya. Insyallah, untuk AHP saya usahakan…………amin

Thursday, 1 March 2012

Sekadar Ilmu Tambahan

ISU-ISU PERUBATAN
MENURUT PERSPEKTIF HUKUM
Disediakan
Oleh
Ahmad Tirmizi Taha
Pensyarah FPIK UDM

 
Hukum Membunuh Pengidap HIV atau AIDS

Syekh Atiyyah Saqar iaitu bekas Ketua Majlis Fatwa Al Azhar menjelaskan berkenaan hukum membunuh pengidap HIV atau AID dengan kenyataan berikut:


Haram membunuh pesakit yang mengidap penyakit yang tiada harapan untuk sembuh atau penyakit berjangkit ( sekalipun dengan permintaan dari pesakit itu sendiri ). Ini kerana penyembuh yang hakiki ialah Allah. Setiap penyakit pasti ada ubat melainkan mati. Cuma manusia belum menemui ubat untuk merawat penyakit tertentu. Begitu juga manusia bukanlah pemilik kepada ruhnya. Ruhnya adalah milik Allah dan tidak boleh menggunakan ruh melainkan dengan cara yang diizinkan oleh Allah.

Orang yang meminta agar dipercepatkan kematian adalah sama dengan membunuh diri sendiri.

Berkenaan orang yang mengidap penyakit berjangkit pula, beliau berpendapat bahawa Islam telah memberikan garis panduan untuk menangani masalah tersebut melalui cara Hajr Sihhi - Iaitu kuarantin kesihatan. Arahan ini sebenarnya terdapat di dalam beberapa hadis nabi S.A.W.

Oleh itu haram membunuh pengidap penyakit berjangkit dan tidak boleh menyamakan orang yang menghidap penyakit dengan seorang penjenayah yang patut dibunuh.
Wallahu’a’lam

P/s: Maklumat ini di ambil dari sumber JOURNAL tulisanAhmad Tirmizi Taha
Pensyarah FPIK UDM

Tuesday, 28 February 2012

Semua Di Alukan.....dan sebarkan


Assalamualaikum semua....
Bersua kembali dalam ruangan kali ini....

Baiklah, apa yang saya nak bincamgkan dengan topik "ALU & SEBAR".....
Korang jangan salah sangka pulak..bukan nak sebarkan HIV ye..heheh

Saya akui, Blog saya tidak sehebat BLOG2 rakan seperjuangan yang lain, namun bukan niat untuk merendah diri...tidak sama sekali. Sama juga dengan BLOGGER rakan2 PLHIV yang lain, saya juga ikhlas dalam membantu ataupun berkongsi cerita dan pengalaman sebagai PLHIV. Walaupun baru setahun bergelar PLHI, namun saya akan cuba sebaik mungkin untuk membantu rakan2 senasib yang masih lagi trauma ataupun dalam keadaan tertekan....

Bagi yang NON-PLHIV, saya juga alu2 kan untuk sama2 berkongsi buah fikiran dalam isu2 PLHIV. Tapi keutamaan bagi insan2 yang berbicara bukan melalui pandangan skeptikal dan judgemental terhadap PLHIV....

Baiklah....kepada pembaca BLOG saya, pengisian BLOG ini mungkin tidak seberapa, mungkin juga lemah dalam aspek pengisian konten nya, yang kurang fakta saintifik. Namun secara jujur, BLOG ini kandunganya adalah menurut perspektif saya. segala kupasan dan perbincangan setalah saya fikirkan elok untuk dikongsi setelah saya sendiri mengalami hal2 tersebut. Walaubagaimanapun segala buah fikiran dari sahabat2 seperjuangan yang lain ada juga saya ambil untuk dimuatkan sekali lagi dalam blog ini. Bukan untuk ciplak hasil kerjaya mereka, tetapi merasakan adalah elok untuk saya kongsikan sekali lagi dalam ruangan BLOG saya.....

Jujurnya saya ikhlas membantu PLHIV diluar sana, mengikut kemampuan saya sendiri. Apa yang saya rasakan boleh di tolong, insyallah saya akan usahakan. Cuma, pada rakan2 PLHIV yang baru, kalau email ataupun menghubungi saya melalui HP. Saya mohon, minta perkenalkan diri......hehehe..supaya tidak lah saya tertanya2 sapa kah gerangan insan tersebut...

Sapa2 yang membaca BLOG ini, sebar2kan lah. Bukan untuk promosi, atau mencari KE POPULARAN. Tidak sama sekali. sekali lagi saya ulang, saya cuma ingin membantu. Itu sahaja saya boleh lakukan....mudahan2 ini menjadi amal buat saya, bekalan sebelum menghadapi yang Maha ESA....

Wallahualam....

p/s: Boleh hubungi saya melalui email: positifnegatif87@yahoo.com.my..atau di talian  (tolong perkenalkan diri dahulu)....insyallah....