Wednesday, 14 December 2011

HIV satu HIKMAH


HIV satu HIKMAH

Bila sebut je pasal HIV mula lah orang ramai syak yang bukan-bukan. Dalam minda mereka HIV jijik dan kotor, padan muka dengan orang yang kena HIV…(biasanya orang yang sihat lah anggap macam ni)…

Tapi sebagai pesakit HIV, lebih2 lagi saya ni yang dah nak dekat setahun bergelar HIV+ , pandangan seperti itu semakin hari semakin pudar. Malah saya anggap HIV sebagai satu HIKMAH bagi saya.

Memang lah mula-mula kita anggap HIV ni pemusnah harapan, lebih banyak negtif berbanding positifnya. Tapi makin lama hadapi benda ni, semakin silap pulak anggapan tersebut…

Kenapa kata HIV tu hikmah? Bukan pembunuh ke???

Jawapan saya sekarang HIV bukan pembunuh…sebabnya dengan HIV lah saya tahu untuk memulakan satu kehidupan baru. Dengan HIV lah banyak pandangan saya berubah. Banyak juga sisi dan rutin harian saya berubah. Manakan tidak, sesuatu yang tak pernah buat sebelum ni sekarang dah mula buat sikit2….

Mari tengok apa yang berlaku sebelum ada HIV dan selepas bergelar HIV+:

1. Dulu: Kalau dulu masa sihat, bab kebersihan ni jarang di praktikan sangat. Semua ambil mudah, senang cakap asalkan boleh je…Sekarang: tak lagi, kebersihan dah menjadi keutamaan sama ada di rumah ataupun di luar.

2. Dulu: Pantang orang buat silap sikit, cepat jek nak komen2 orang tu. Banyak dosa lah, padan muka lah. Tak selidik tapi dah menghukum. Sekarang: dah mula amalkan bersangka baik dalam kehidupan seharian, tidak tertalu menghukum seseorang dengan status tertentu. Bagi mereka peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Bagi dorongan kepada mereka untuk berubah.

3. Dulu: Kalau bergembira asyik nak dengan kawan2 je. Kadang2 jerk dengan family (bagi yang bujang). Sekarang: Lebih banyak masa dihabiskan bersama dengan ibu bapa, adik beradik, anak sedara. Perhubungan makin mesra. Terasa bertapa pentingnya keluarga di saat ini.

4. Dulu: Banyak pekerjaan di tangguhkan, kononya banyak masa lagi. Tak perlu nak cepat2 sangat. Sekarang: Buat apa sahaja yang nak buat (yang positif) sebab sentiasa merasakan bahawa masa bergerak sangat pantas. Takot-takot banyak yang dirancangkan tidak dapat dilaksanakan.

5. Dulu: Asyik ingat nak bergembira je. Asal free sikit je mula “Bosan” bila BOsan mulalah nak kseronokan. Sekarang: “Busan” masih ada, Cuma bagusnya tahu cara yang terbaik untuk mengelakan bosan yang mencari keseronokan dunia semata2.

6. Dulu: Jarang2 berdoa dan kurang yakin dengan doa yang di buat. Sekarang: Keyakinan yang makin utuh dengan Doa2 dan janji2 Allah yang pasti akan berlaku.

7. Dulu: Kurang perihatin akan masalah rakan2 yang bermasalah. Sekarang: Lebih tersentuh hati untuk membantu seupaya yang boleh kepada sesiapa yang memerlukan sokongan moral atau emosi sama ada HIV+ atau pun tidak.

8. Dulu: Mengaggap setiap sakit sebagai satu bebanan. Sekarang: Semua penyakit adalah satu ujian yang membawa kepada HIKMAH.

9. Dulu: Nakal memang le jangan cakap.Hehehe..sekarang: Nakal boleh dikawal dengan lebih baik insyallah.

10. Dulu: Merasakan HIV pemusnah segala cita-cita dan harapan. Sekarang: HIV pendorong untuk lebih berjaya dan hidup lebih harmoni sejahtera.

Segala puji bagi Allah yg masih lagi melimpahkan kasih sayangnya kepada:
Hambanya yang tak henti-henti melakukan dosa.
Hambanya yg terkadang merasakan amalnya sudah cukup untuk menebus syurganya.
Hambanya yang tak sedar melakukan dosa sehingga segenap hatinya tiada ruang cahaya petunjuk untuk menyelinap masuk.
Terima kasih Allah kerana Engkau masih lagi menyayangi aku,
Terima kasih kerana mengingatkan Aku tatkala aku semakin hari semakin hanyut dengan keindahan dunia.
Terima kasih ya Allah kerana Engkau mengingatkan aku segala dosa yang telah aku lakukan.
Terima kasih Allah kerana Engkau menguji aku dengan ujian ini.
Hanya Engkau Maha Mengetahui segala apa yang aku rasakan
Terima kasih ya Allah kerana Engkau telah memberikan aku ketenangan setelah Kau timpakan aku ujian
Oleh yang demikian, kuatkan tekad dan azam untuk terus hidup sihat dan bersyukur dengan apa yang menimpa. HIV bukanlah satu bebabnan, tetapi sebagai HIKMAH Allah kepada hambaNYA yang terpilih sahaja.



p/s: HIV ni ciptaan Allah juga, jadi pasti ada HIKMAH napa Allah adakan HIV ni. Pasti dan yakin je, setiap yang berlaku pasti ada kebaikan yang kita tidak pasti. Hanya Allah lah Maha mengetahui segalanya.

6 comments:

  1. baca blum lg komen dulu
    suka sgt pasai tulisan kalerfull

    ReplyDelete
  2. Frz.sfn: Colurfull, bagi orang ada nafsu sikit nak baca..heheeh jemput baca yer

    ReplyDelete
  3. bagusnya.. bila dapat memandang dari sudut positif. ya memang cantik kalerfull.... teruskan menulis!

    ReplyDelete
  4. First time kenal melalui sms rasa mmg positif budak ni. Bila membaca, mmg salute lah. Nanti kita lepak sama ye. Ada gak sahabat tuk bercerita. Hehehe.

    Terbaek!!!

    ReplyDelete
  5. salam, hai...setiap benda yang jadi pada diri kita samaader baik atau buruk ader hikmahnya.sumer manusia ader masalah dan dugaannya termasuk lah saya.semoga cekal dan tabahkan hati..saya ter click blog awak ni dari blog AHP, sajer2 baca info dalam blog tu utk tambahkan ilmu sbb ader sedara HIV jgk....tapi xabis stadi lg blog AHP, so drop by blog awak..i think it's not a big deal for me to make a friend kan? ingat nk join team AHP tu eventhough i'm non plhiv....k, jmpe lg.keep in touch if sudi lahh...emel me at: wynis_07@yahoo.com

    ReplyDelete