Salam semua...(Hye..lama x update blog ni)
Kali ni nak share macam mana kena kutuk dengan orang apabila dia tahu kita ni pembawa HIV.....
Ceritanya macam ni....
Lepas disahkan HIV, tiap-tiap malam aku duduk depan komputer mencari maklumat macam mana nak rawat penyakit ni melalui kaedah rawatan alternatif...jadi macam-macam lah yang aku jumpa.....dalam sibuk-sibuk tengok info tentang rawatan alternatif, aku berminat dengan satu laman BLOG berkaitan Rawatan Secara Islam...Aku pun baca mengenai kaedah rawatan yang ditawarkan di BLOG tersebut. Ternyata maklumat dalam BLOG berkenaan sangat menarik, manakan tidak yang menulisnya bukan calang-calang orang, Semuanya bergelar ustaz. Banyak respon dari pesakit-pesakit yang menderita sakit fizikal mengatakan ada perbezaan bila berubat dengan pusat rawatan islam tersebut. Tapi bila aku baca lebih banyak, ternyata tak de satupun respon mengenai rawatan HIV....
Tapi aku x putus asa, aku terus email kepada admin BLOG berkenaan. Alhamdulilah, respon diberi dengan cukup baik, mereka mengatakan bahawa HIV boleh dirawat insyallah. Masa tu berbunga-bunga hati dengan harapan adalah sembuhnya nanti. Admin Blog berkenaan meminta aku pergi ke cawangan pusat perubatan beliau yang berada dekat dengan tempat ku. Selepas alamat diberi, 2 hari lepas tu aku pon pergi lah kesana....
Pukul 7.30pagi aku dah terpacak dekat pusat rawatan tersebut, ternyata ada orang yang lagi awal dari aku. Tapi aku xkesah kan mereka, sbb pada aku harapan untuk sembuh dari HIV memang menebal. Aku pon park kereta, dan jalan masuk ke pusat rawatan. satu benda aku x bawak, sebab aku tak tahu rawatanya macam mana. Lepas masuk, aku disuruh isi borang untuk memulakan rawatan. Ternyata memang rawatan yang deberi menggunakan ayat AL-Quran...(lega bila dengar)
dalam borang tu, ada dorang suruh tulis sakit apa...Huhuhuh..xkan aku nak tulis HIV kot..sebab borang tu akan bibaca orang lain (kalau orang lain dapat tahu, mati lah aku heboh nanti)....jadi aku pun letak "Masalah Peribadi"........
Lepas sejam tunggu, tiba2 ustaz yang menjaga kaunter tu pon panggil.....(kaunter tu dekat jerk dengan oarang lain yang menunggu giliran). Aku pun datang dekat dengan ustaz tu, dia pun tanya:
Ustaz: 'Kamu sakit apa?'
Aku: Saya takot nak bagi tahu ustaz
Ustaz: tak pe awak bagi tahu jer, sebab dalam borang ni awak kata ada masalah peribadi..
Aku: Sebenarnya saya ni ada HIV ustaz....jadi saya datang nak berubat secara islam kalau boleh...
Ustaz: Ehm..Sebenarnya ni adalah BALAK untuk kamu, memang X DE UBAT UNTUK KAMU..sekadar mengurangkan boleh lah itu pun kalau berjaya...
Masa ustaz cakap macam tu, bergetar jantung aku...ingatkan dapat lah jugak belas kasihan, tapi tak pun..terus dia cakap macam tu....masa tu baru aku tahu seorang ustaz pun x paham perasaan pembawa HIV...serius masa tu memang nak nangis, nasib baik orang depan kaunter tak dengar......
lantas ustaz tersebut bacakan sesuatu dekat dada aku dan ubun-ubun kepala...masa tu aku memang dah down giler..sebab sanggup ustaz tu cakap macam tu....dia pun tangkal sebotol air untuk aku minum, dia jugak suruh aku cari akar pokok seroja untuk buat herba..
Ustaz: kamu ni kena datang tiap2 minggu...
Aku: Insyallah....
Aku pun balik...lepas tu x pernah datang lagi......
Dalam kereta aku tertanya2..macam tu ke layanan seorang ustaz pada pesakit HIV...
xpelah....aku x salahkan dia, memang aku dapat benda ni atas dosa aku sendiri. semoga akan ada ustaz yang lebih memahami, ini kerana degan gelaran USTAZ ramai yang mahu kan bimbingan dan dorongan, lebih2 lagi pesakit HIV....
p/s: Aku x mintak HIV, tapi aku redha bila dapat sebab semua memang atas dosa aku. Aku ingat seorang ustaz lebih paham apa yang aku alami, kerana dengan ilmu agamanya yang tinggi. Namun dalam hal ni ternyata tidak...Harap2 ustaz2 luar sana jangan lah HUKUM kami dengan Perktaan BALAK......walaupun ringkas tapi mendalam maksudnya...menusuk hati.....bimbinglah kami wahai pembimbing agama....