Tuesday 28 February 2012

Semua Di Alukan.....dan sebarkan


Assalamualaikum semua....
Bersua kembali dalam ruangan kali ini....

Baiklah, apa yang saya nak bincamgkan dengan topik "ALU & SEBAR".....
Korang jangan salah sangka pulak..bukan nak sebarkan HIV ye..heheh

Saya akui, Blog saya tidak sehebat BLOG2 rakan seperjuangan yang lain, namun bukan niat untuk merendah diri...tidak sama sekali. Sama juga dengan BLOGGER rakan2 PLHIV yang lain, saya juga ikhlas dalam membantu ataupun berkongsi cerita dan pengalaman sebagai PLHIV. Walaupun baru setahun bergelar PLHI, namun saya akan cuba sebaik mungkin untuk membantu rakan2 senasib yang masih lagi trauma ataupun dalam keadaan tertekan....

Bagi yang NON-PLHIV, saya juga alu2 kan untuk sama2 berkongsi buah fikiran dalam isu2 PLHIV. Tapi keutamaan bagi insan2 yang berbicara bukan melalui pandangan skeptikal dan judgemental terhadap PLHIV....

Baiklah....kepada pembaca BLOG saya, pengisian BLOG ini mungkin tidak seberapa, mungkin juga lemah dalam aspek pengisian konten nya, yang kurang fakta saintifik. Namun secara jujur, BLOG ini kandunganya adalah menurut perspektif saya. segala kupasan dan perbincangan setalah saya fikirkan elok untuk dikongsi setelah saya sendiri mengalami hal2 tersebut. Walaubagaimanapun segala buah fikiran dari sahabat2 seperjuangan yang lain ada juga saya ambil untuk dimuatkan sekali lagi dalam blog ini. Bukan untuk ciplak hasil kerjaya mereka, tetapi merasakan adalah elok untuk saya kongsikan sekali lagi dalam ruangan BLOG saya.....

Jujurnya saya ikhlas membantu PLHIV diluar sana, mengikut kemampuan saya sendiri. Apa yang saya rasakan boleh di tolong, insyallah saya akan usahakan. Cuma, pada rakan2 PLHIV yang baru, kalau email ataupun menghubungi saya melalui HP. Saya mohon, minta perkenalkan diri......hehehe..supaya tidak lah saya tertanya2 sapa kah gerangan insan tersebut...

Sapa2 yang membaca BLOG ini, sebar2kan lah. Bukan untuk promosi, atau mencari KE POPULARAN. Tidak sama sekali. sekali lagi saya ulang, saya cuma ingin membantu. Itu sahaja saya boleh lakukan....mudahan2 ini menjadi amal buat saya, bekalan sebelum menghadapi yang Maha ESA....

Wallahualam....

p/s: Boleh hubungi saya melalui email: positifnegatif87@yahoo.com.my..atau di talian  (tolong perkenalkan diri dahulu)....insyallah....

Wednesday 22 February 2012

HAK KAMI PLHIV



Bismillahirahmanirrahim…

Assalamualaikum…lama x berus dalam ruangan maya ni
Maaf kerana sibuk menguruskan beberapa hal duniawi yang terpaksa meninggalkan kolum ini buat sementara waktu. Alhamdulliah, dikesempatan ini saya akan kongsi kan sesuatu buat bacaan dan renungan kita bersama….

Kali ini, saya tertarik untuk membincangkan berkenaan dengan HAK….
Dewasa kini makin ramai insan atau masyarakat di Negara kita ini bangun membicarakan tentang HAK. Namun sejauh mana pemahaman kita tentang isu HAK ini????

Sering kali kita dengar orang berkata “Ini Hak saya, awak x boleh masuk campur”…apa itu HAK? Dan apa pula kaitan dengan PLHIV????

Dalam perbincangan kali ini, saya bukan lah pakar atau ahli falsafah yang selayaknya untuk membincangkan isu HAK. Tapi hanya sekadar menurut pandangan saya sebagai seorang PLHIV….

Saya konsepkan HAK sebagai sesuatu yang setiap insan perlu dapat dan pertahankan selagi mana bernafas, serta bukan bersifat TOTAL melainkan beberapa perkara…

Dewasa ini, di Malaysia khususnya semakin hari semakin ramai masyarakat mula menafikan HAK2 PLHIV sama ada secara diam2 atau terang-terangan..Oleh yang demikian saya terpanggil untuk membicarakan apakah HAK sebagai seoarang PLHIV yang perlu kita dapat dan pertahan kan dalam bermasyarakat….kita telusuri satu persatu Hak itu secara umum.

1) Hak Untuk Disayang…

Kasih sayang merupakan satu perasaan unik yang telah dilontarkan oleh Allah dalam setiap hati dan jiwa yang bergelar Makhluk termasuk manusia. Cuma yang membezakan nya adalah status makhluk itu sama ada berakal ataupun tidak. Sedar atau tidak ramai dikalangan masyarakat dinegara kita masih lagi menyisihkan PLHIV dalam kehidupan seharian. Malah ada sesetengahnya pula bila dengar je seseorang itu berstatus PLHIV, terus menjauhkan diri dan menyisihkan mereka. Untuk pengetahuan semua PLHIV juga seorang manusia yang diberikan HAK untuk disayangi dan menyayangi, dan bukan untuk dibenci, mereka juga diberikan dengan perasaan dan bukanya robot…Malah apa yang amat mengecewakan, ada sesetengah individu sanggup memutuskan hubungan keluarga apabila ada dikalangan ahli keluarga mereka berstatus HIV…ada juga ibu bapa yang tidak mengaku anak, malah dalam komuniti yang lebih besar sesetengah PLHIV di pulau kan dalam aktiviti kemasyarakatan. Persoalan nya, Buruk sangat ke PLHIV ni sehinggakan kasih sayang yang sepatutnya dikongsi bersama di tarik dan menjadi semakin pudar?? Adakah dengan cara ini masyarakat akan mendapat manfaat yang lebih banyak??? Kami PLHIV ni sama seperti yang lain, kami juga perlukan kasih sayang, Cuma staus kami je PLHIV, tapi masih mempunyai HAK untuk disayang bukan disisih. Sebagaimana dalam firma ALLAH yang bermaksud:


”Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”- Surah Al-Hujrat ayat ke-13.

Oleh yang demikian, saya seru kepada masyarakat Malaysia Khasnya supaya sama2 lah kita menyanyangi PLHIV sama seperti yang lain. Sementara kami masih ada di muka bumi ini, sayangilah kami seadanya.

2) Hak Untuk Dihormati.

Zaman sekarang bila orang ada pangkat dan kekayaan baru dihormat lebih berbanding yang kekurangan….sama lah jugak, kalau orang tu sehat jer, maka kuranglah cakap2 dari mulut orang ni, tapi bila dengar PLHIV semua pandang serong. Kononya jijik lah PLHIV nie, x perlu nak hormat sangat kat diaorang ni, buat buang masa je…PLHIV x perlu di hormati ke????abis kalau yang kena HIV tu mak ayah korang, so buat bodoh jerk lah dengan mereka????Dorang dapat HIV tu dari mana bukan persoalan nya, tapi apa yang penting PLHIV juga perlu dilayan dan dihormati seperti orang lain…Bayangkan, bila PLHIV pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan, biasanya nurse2 kat situ sibuk lah soh seh soh she dengan kawan dia dok cerita pasal PLHIV tu (bukan semua nurse ye)….ish2..dah2 lah tu, cuba lah jaga sikit aib pesakit..ko dah tahu simpan jerk sorang2, xperlu nak citer2 kat kwn sekerja yang lain, sebab bukan korang kaya pun kalau becerita…(maaf emo sikit). Layan PLHIV sama seperti pesakit lain, hormat mereka, apa salahnya kalau senyum sikit, cakap elok2 kan molek...Masyarakat pun jangan lah terlalu TRAUMA sangat bila dengar HIV..mana x nye ada sesetengah PLHIV dipulau dalam aktiviti kemasyarakatan sekiranya status mereka diketahui di sesuatu temapat. Tu yang berlaku x dijemput kenduri lah..x dijemput mesyuarat JKK lah..macam2 lagi. Sebab pandangan mereka status PLHIV tidak melayakan mereka untuk dihormati seperti orang lain. Hati2 ye…korunk baca ni:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” Surah Al-Hujrat ayat ke-13.

3) Hak Mendapat Kerja

Mungkin saya bukan pengamal undang2, dan mungkin juga ada undang2 yang menyatakan bahawa HAK2 PLHIV untuk mendapatkan pekerjaan, namun kebanyakannya hanya sekadar di atas kertas. Masih banyak syarikat swasta di Malaysia yang masih tidak boleh menerima PLHIV sebagai pekerja mereka. Malahan ada sesetengahnya pulak memberhentikan pekerja sebaik sahaja mengetahui status mereka sebagai PLHIV. Hal yang sama juga kadang2 berlaku dalam perkhidmatan awam. PLHIV ni x boleh kerja ke???Biar BETIK!!!!..ish2…suka2 jerk ek…Tolong lah PLHIV ni kebanyakanya mendapat rawatan, mereka ni kadang2 jauh lebih sehat berbanding pekerja yang non-PLHIV. Jadi tidak menjadi permasalahan kepada syarikat, kerana mereka mampu bekerja seperti biasa (Ada bidang kerja yang PLHIV kena declare status sebagai langkah berjaga)…Bos seharusnya paham dan mempunyai maklumat yang detail mengenai HIV, supaya pemahaman tetang HIV tidak menjadikan mereka cetek pemikiran dan mengambil jalan pintas yang mudah. Ada bos pulak bagi alasan x mahu kalau2 peerja yang lain terjebak sama dengan HIV…Tolng lah..HIV x merebak dengan berkongsi pen, bilik mesyuarat, pantry dan lain2…jangan nak membobrokan PLHIV…sudah2 lah dengan info lapuk tu…Sudah2 lah dengan TRAUMA HIV…..Seharusnya setiap majikan harus memberikan maklumat yang betul dan tepat kepada para pekerja mengenai HIV, supaya mereka bersedia sekiranya salah seorang rakan skerja mereka seoarang PLHIV. Kalau semua dah paham, xde lah diskirminasi berlaku. PLHIV dan NON-PLHIV bleh bekerja bersama menjana idea untuk pembangunan syarikat atau jabatan…Uit..PLHIV dorang sakit je..bukan sakit mental..HAhahahahah…..so Bos2 kat luar sana Fikirkan…beri peluang PLHIV kerja jugak ye…..


Rasanya2 setakat ni je HAK2 yang agak penting untuk dibincangkan..yang lain tunggu entry akan datang…..mudahan2 segala kupasan menjadi renungan bersama.Apa yang baik dijadikan panduan, segala yang silap sepanjang penulisan saya harap dimaafkan…










P/s: Segala komen dan pandangan amat di alu2 kan. Jangan takot2 deh….semyum sokmo….jaza ul-khair..bertemu di lain kolum..insyallah…