Thursday, 8 December 2011

Takot mati?????



Assalamualaikum semua....

Mungkin tajuk kali ni agak sentap sikit...

Tapi mari kira kupas sikit2 supaya kita lebih jelas dan bersedia......
Sebelum kita jauh melewati tajuk ini mari kita renung betul2 firman Allah di dalam 

Al-Quran surah Al-anbiyaa' ayat 35 yang bermaksud:

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."

Jika kita renungkan ayat di atas pasti kita tidak akan cemburu dengan kehidupan orang lain. Bahkan kita seharusnya rasa lega kerana setiap yang bernyawa,  waimah seekor semut pasti akan mati juga akhirnya. Bukankah itu sduah cukup jelas? Jadi mengapa seorang pesakit HIV takut sangat dengan kematian?? Betul x??
           
Tapi kebanyakan pesakit HIV selalu bimbang dan takut dengan kematian kerana apa yang digambarkan dalam media adalah sangat mengerikan...Manakan tidak, semua pesakit HIV digambarkan mati dalam keadaan bernanah, berkudis, kurus kering ibarat mayat hidup serta bermacam2 lagi bentuk yang menjijikan dimata masyarakat umum...

Cuba renungkan ini pula: Firman Allah dalam surah al-waaqi'ah ayat 60 yang bermaksud:

"Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan bukanlah Kami lemah"
 
Jelas dalam ayat di atas menyatakan bahawa Allah telah pun menentukan kematian diatara kamu...maka kita tidak perlu risau, walaupun HIV positif belum tentu kita akan mati seperti mana yang digambarkan. Kerana hanya Allah yang tahu tentang kematian hambanya. Oleh itu janganlah kita runsing dan terlalu bimbang tentang kematian kita walaupun sebagai pesakit HIV (saya ingatkan diri saya juga)....serahkan sahaja pada Allah....

Kita tidak seharusnya menjadikan MATI sebagai modal untuk seorang pesakit HIV berputus asa dengan kehidupan dunia, Malah dalam agama sendiri menuntut kita memperbanyakkan mengingati mati. Sebagaimana dalam sebuah hadis:

Perbanyaklah mengingat kematian. Seorang hamba yang banyak mengingat mati maka Allah akan menghidupkan hatinya dan diringankan baginya akan sakitnya kematian. (HR. Ad-Dailami)

Dalam hadis yang lain pula berbunyi: 

Janganlah seorang mati kecuali dia dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah. (HR. Muslim)

Kedua2 hadis diatas jelas menunjukan bahawa setiap insan harus mengingati mati, kerana dengan mengingati mati itu pasti ada hikmahnya, dan setiap kematian perlu dalam keadaan baik sangka dengan Allah....Oleh itu janganlah kita pesakit HIV menganggap kematian kita nanti satu penghinaan Allah pada hambanya, kerana Allah dengan ZAT Nya yang Maha Mengetahui, tahu apa yang terbaik buat kita…

Nabi pernah mengingatkan kita bahawa kematian di akhir zaman akan amat ditakuti oleh umatnya kerana terlalu cintakan dunia…

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; 

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 
(H.R. Abu Daud)

"Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.
Oleh yang demikian sebagai pembawa HIV kita seharusnya bersyukur kerana Allah telah pun menghantar “signal” supaya kita tidak terlalu cintakan dengan dunia, dan menjadikan mati itu sebagai penguat azam untuk berusaha menjalani hidup dengan lebih baik……
Oleh yang demikian, bangkitlah wahai penderita HIV….jangan jadikan mati itu sebagai alasan untuk kita terus sahaja berduka dan bermuram durja. Tiada apa yang kekal melainkan ALLAH….cintakan mati, rindukan mati…insyallah, kita pasti akan lebih tabah dalam megharungi ujian ini..

Firman Allah dalam surah Al An’aam: ayat 2 yang bermaksud:

“Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu).”

Allah juga menginagtkan kita dalam firman nya  dalam surah Al Ahzaab: ayat 16 yang bermaksud:

“Katakanlah: "Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja".


p/s: Pada semua pembawa HIV dan pederitanya kematian adalah sangat pasti. Jangan difikirkan bagaimana kita akan mati. Tapi sentiasa ingatkan diri kita supaya cinta pada mati dan bersedia dengan pemergian yang hakiki.Kerana Allah lah jua tempat kita kembali.

11 comments:

  1. HIV bukanlah punca kematian. ada juga org yg mati sebab kemalangan. tak kurang jg yg mati dalam tidur. mati itu pasti tp jangan fikir bhw hiv adalah punca kematian.

    ReplyDelete
  2. perghhh... terbaik dan makin true!!!

    muda, sihat, kaya, berharta, berdarjat dan dr pakar tapi kalo nak mati, mati juga.
    berilah penghormatan negara sekalipun, cuti dan berkabunglah sampai 10000 tahun pun, kalau mati dalam maksiat tak ada gunanya.

    p/s- apsal video tak leh tengok?

    ReplyDelete
  3. Azam:Betul tu azam..HIV memang ada dalam tubuh, tapi jangan difikirkan sangat...tabah der

    AHP: Saya semakin belajar untuk menerima kenyataan dan juga menyiapkan diri untuk perjalanan terakhir..mudahan2 Allah limpahkan hidayahnya berterusan kepada saya...(X boleh tgok video Lagu ke???)

    ReplyDelete
  4. IT ; tengok mcm pengarah yasmin yusuf dan pelakon azean irdawaty. masa pelakon AI sakit akibat kanser, pengarah YY dtg melawatnya dan memberikan sumbangan.masih sihat walafiat pengarah YY tu. namun siapa sangka akhirnya pengarah YY yang pergi dulu dari pelakon AI yang masih lagi hidup sampai sekarang.

    ReplyDelete
  5. Terbaik dari ladang hehe... nikmat apa yang kamu dustakan
    =)

    ReplyDelete
  6. sesaja jalan IT,
    jgn selalu sgt tido lewat tu.

    AO, "nikmat apa yang kamu dustakan"
    power jugak ayat tu

    ReplyDelete
  7. Seram jugak bila fikir pesakit hiv yang mati akan di simbah dengan clorox bila dimandikan. Masih berlaku lagi ke? Dah mati pun siap dah kapan kenapa nak siram dg clorox... tu yan saya dengar dulu lah......

    ReplyDelete
  8. tuan rumah, oooooh tuan rumah.
    dah kerap kali datang ni. kenapa hidangan baru tak sampai2 lagi ni?
    lapau!

    ReplyDelete
  9. NajMi: Apa yang saya tahu selepas bertanyakan dengan Pegawai kesihatan Daerah berkaitan dengan pengurusan jenazah pengidap HIV, memang masih menggunakan CLOROX. Alasan mereka adalah satu cara disinfection supaya VIRUS HIV tidak merebak...

    ReplyDelete
  10. Bagaimana pun kita diuruskn selepas mati, itu lah yang Allah aturkan untuk diri kita.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  11. jgn risau perubatan kite semakin berkembang n moden...tgk keadaan sesuatu tmpt...xsemua pesakit hiv yg kene mandikan jenazah ngn clorox...ketelitian dlm menguruskan pjenazah tue yg penting..jng fikirkan sgt

    ReplyDelete