Wednesday 25 January 2012

Media Vs HIV


Salam semua....
Lama dah x berseua kan....kali ni mari kita bincangkan tentang peranan media dalam membantu pesakit HIV....

Korang perasan x..setiap kali media keluarkan cerita mengenai HIV semuanya mereka akan keluarkan yang buruk2 jer.....Pada dorg HIV ni JIJIK...bila dah ada pandangan yang macam ni, mulalah dorg hasilkan tulisan ataupun cerita yang pada pendapat saya merapu dan berat sebelah....

Cuba tengok, bila sesetengah drama yang di terbitkan mengenai HIV semuanya yang bururk2.....contohnya..pesakit HIV semua akan mati dalam keadaan kurus kering, bernanah kulit, macam jerangkung dan lain2 lagi....Persoalanya, betul ke semua macam tu? Dan ada pulak cerita yang dibuat tiba2 orang tu dah AIDS dalam masa yang singkat......Ehm..ni yang nak marah nie...PRODUSER tu dah kaji ke betul2 tetang HIV nie???? AIDS dah kaji??? jangan lah sekadar tahu yang asas dah mula buat kesimpulan....

Memang bagus untuk buat filem2 atau drama sebegitu untuk memberi peringatan kepada masyarakat supaya berhati2 dengan jangkitan HIV, dan bagus juga kalau nak menyedarkan kepada masyarakat khususnye remaja macam mana HIV boleh merebak....macam mana AIDS tu boleh berlaku....Tapiiiiii..tolonglah..biar segala info tu betul...Ye....

OK cuba fikirkan, bila sesebuah filem berkaitan pesakit HIV di lakonkan, dalam cerita tersebut ditunjukan bagaimana Si pesakit boleh dapat HIV dan apa pulak simptom2 yang kebiasaanya bagi pesakit HIV. Dalam bab ni memang dah bagus dah, sbb dia bg tahu orang kat luar sana bahawa berhati2 dengan kehidupan yang ada sekarang supaya nanti x terjebak dengan HIV.....TAPI cuba korang fikir...kalau dah ditunjukan mati berulat dan sebagainya, apa lah agak2nya perasaan pesakit HIV yang menonton filem tersebut????....Mungkin ada yang kata, PADAN MUKA DIA SAPA SURUH BUAT DOSA..MEMANG PATUTLAH DIA KENA.......amboi2 sedap je korang cakap kan??X kena batang hidung boleh lah cakap....nanti jangan dah kena baru nak komen bagai...(ingatkan diri juga)......

Drama2 sebegini sebenarnya adalah tidak adil pada pendapat saya kerana hanya melihatkan kelebihan satu pihak sahaja...sedangkan pesakit2 HIV yang menonton akan terganggu emosinya...selain itu, banyak info2 yang ditunjukan kebanyakanya tidak tepat atau sekerat jalan sahaja......Oleh itu produser filem atau drama buat lah satu filem yang betul2 menyeluruh..atau secara TOTAL.....Tunjukan kepada masyarakat bahawa HIV bukan penyakit yang kalau dapat hari ni, esok dah MAMPOS....tunjukan kepada masyarakat bagaimana pesakit HIV dirawat, malah ada yang boleh hidup lebih sihat dah lebih lama berbanding orang lain yang negatif....

Tunjukan juga bagaimana pesakit HIV yang sihat hidup bermasyarakat, emosi mereka, bagaimana mereka ini mendapat kekuatan untuk terus hidup...Fakta2 sebegini yang harus di tonjolkan dengan lebih banyak...baru lah STIGMA masyarakat  terhadap HIV boleh berubah....Jangan tunjukkan yang buruk2.....itu menakotkan orang untuk belajar dan tahu lebih lanjut berkaitan HIV......kalau macam ni gaya nya..sampai bila2 lah orang pandang HINA pada pembawa HIV.....sepatutnya tunjuk pada mereka bagai mana kalau ada ahli keluarga untuk hidup bersama penghidap HIV, macam mana nak dapatkan kauseling sekiranya berlaku perkara sedemikian...apa itu HAART dan sebagainya,.dengan cara ini secara tak langsung membuka mata masyarakat.

Tolonglah kepada penggiat seni diluar sana....Bantu lah kami dalam menghakis STIGMA dan PREJUDIS yang negetif terhadap pesakit HIV......kami tidak jijik...MEDIA amat penting dalam menjayakan misi ini....kalau sekarang kita mulakan, x mustahil satu hari nanti HIV ni orang dah x jijik nak pandang...malah lebih ramai yang akan tampil untuk kongsikan maklumat dan lain2 yang bermanfaat......kesedaran yang hakiki bukan boleh dimiliki dalam masa yang singkat.. utnuk mendidik masyarakat utntuk sesuatu benda yang baru bukan lah satu agenda mudah...namun denga kuasa media...saya yakin satu hari nanti ada sinar baru bagi pesakit2 HIV..insyallah....







P/s: Jadi kepada sesiapa yang nak buat movie ke, drama ke pasal benda nie...buatlah kajian yang menyeluruh ye...jangan semberono jerk...kaji betul2..hasilkan kesan dan impak yang meletop....baru boleh tabik spring..heheheheh

4 comments:

  1. org naik untung kan jd modified la cerita tu sesuka hati. mende yg tak sepatutnya pun ditokok tambah. last2 penonton dpt maklumat yg salah.

    ReplyDelete
  2. Yup betul tu azam.Tu yang kita harapkan dari media terutamanya dlam lakonan supaya tidak berlaku penyampaian maklumat yang kurang tepat dan salah.xde pun azam jerk lah yag jadi director..hehehe

    ReplyDelete
  3. cara penulisan yang kritis dan membina.
    n3 begini yg kita mahu. bangkit berjuang!

    ReplyDelete
  4. yeah bukan HIV jer semua cerita tak betul adoi buat movie tu bagi la berkualiti sikit. Boleh pula dalam satu movie dia cakap saya rasa cik tak der HIV sebab saya tengok luka cik cepat sembuh hahaha tu kaitan dengan diabetes bukan HIV. HIV ok jer normal.. adoi hai..

    ReplyDelete