Wednesday 25 January 2012

Permulaan 2012


Salam semua...semoga sihat2 belaka ye.....

Alhamdulilah, walaupun dah hampir sebulan 2012 menjengukan diri, namun baru hari ini berkesempatan untuk mengucapkan selamat datang kepada tahun baru ni....heheheh

Alhamdullilah, permulaan 2012 setakat ini adalah baik untuk diri ku. Kesihatan pun alhamdulilah baik, cuma 2 3 hari lepas baru dilanda demam selsema dan tonsil membengkak. Tpi sekarang alahamdulillah dah kebah syukur....

Berbanding tahun2 baru yang lepas, 2012 pada aku lebih bermakna kerana tahun ni beberapa perkara yang baik berlaku dalam hidup ku. Syukur aku panjatkan pada ILLAHI kerana memakbulkan doa ku agar mendapat pekerjaan yang tetap. Syukur yang teramat sangat.

Tahun baru ni jugak aku mulakan dengan berjalan2 ke Kelantan dan juga ke Penang. Satu pengalaman yang mengujakan apabila dapat bercuti ala2 Back Pack macam tu..heheh..maklum masa belajar dulu tak berkesempatan untuk lakukan benda macam tu. Jadi sekarang bila ada masa yang lapang dan terluang barulah teringin nak buat macam tu.

Di kelantan dapat jugak aku berjalan2 ke rantau panjang, wakaf che yeh dan pasar siti khadijah...walaupun aku x beli apa2, namun jalan2 cuci mata pun dah cukup. Tenag rasanya jiwa ni bila berjalan ditempat orang. Terlupa sekejap yang diri tu adalah PLHIV...heheheheheh.....apapepun kelantan jauh membangun berbanding kali terakhir aku melawat nya dulu....

Di penang pula, aku berkesempatan untuk berjumpa dengan salah seorang rakan senasib bersama dengan keluarganya. Terima kasih pada Yang membawa seorang lagi rakan senasib. Dirumah nya aku dan rakan dijamu dengan NASI AYAM MASALA katanya..heheh memang sedap!!!cuma aku makan sikit je sebab keyang dah.Terima kasih diucapkan. Satu pengalaman yang x dapat dilupakan. Harapan aku lepas ni lebih banyak benda yang baik berlaku dalm hidup ku...insyallah

P/S:Lepas ni nak jalan2 lagi heheheh

4 comments:

  1. syukur alhamdulillah...
    wah, sampai ke kelantan rupa2nya :)
    dah dekat dgn pahang, apsal tak datang umah?

    ReplyDelete
  2. insyallah AHP......akan sampai jugak...insyallah..doakn2...heheh

    ReplyDelete
  3. AO besa pi kelantan masa tingkatan 4 jer masa tu wakil sekolah pergi kem huhu

    ReplyDelete