Tuesday, 28 February 2012

Semua Di Alukan.....dan sebarkan


Assalamualaikum semua....
Bersua kembali dalam ruangan kali ini....

Baiklah, apa yang saya nak bincamgkan dengan topik "ALU & SEBAR".....
Korang jangan salah sangka pulak..bukan nak sebarkan HIV ye..heheh

Saya akui, Blog saya tidak sehebat BLOG2 rakan seperjuangan yang lain, namun bukan niat untuk merendah diri...tidak sama sekali. Sama juga dengan BLOGGER rakan2 PLHIV yang lain, saya juga ikhlas dalam membantu ataupun berkongsi cerita dan pengalaman sebagai PLHIV. Walaupun baru setahun bergelar PLHI, namun saya akan cuba sebaik mungkin untuk membantu rakan2 senasib yang masih lagi trauma ataupun dalam keadaan tertekan....

Bagi yang NON-PLHIV, saya juga alu2 kan untuk sama2 berkongsi buah fikiran dalam isu2 PLHIV. Tapi keutamaan bagi insan2 yang berbicara bukan melalui pandangan skeptikal dan judgemental terhadap PLHIV....

Baiklah....kepada pembaca BLOG saya, pengisian BLOG ini mungkin tidak seberapa, mungkin juga lemah dalam aspek pengisian konten nya, yang kurang fakta saintifik. Namun secara jujur, BLOG ini kandunganya adalah menurut perspektif saya. segala kupasan dan perbincangan setalah saya fikirkan elok untuk dikongsi setelah saya sendiri mengalami hal2 tersebut. Walaubagaimanapun segala buah fikiran dari sahabat2 seperjuangan yang lain ada juga saya ambil untuk dimuatkan sekali lagi dalam blog ini. Bukan untuk ciplak hasil kerjaya mereka, tetapi merasakan adalah elok untuk saya kongsikan sekali lagi dalam ruangan BLOG saya.....

Jujurnya saya ikhlas membantu PLHIV diluar sana, mengikut kemampuan saya sendiri. Apa yang saya rasakan boleh di tolong, insyallah saya akan usahakan. Cuma, pada rakan2 PLHIV yang baru, kalau email ataupun menghubungi saya melalui HP. Saya mohon, minta perkenalkan diri......hehehe..supaya tidak lah saya tertanya2 sapa kah gerangan insan tersebut...

Sapa2 yang membaca BLOG ini, sebar2kan lah. Bukan untuk promosi, atau mencari KE POPULARAN. Tidak sama sekali. sekali lagi saya ulang, saya cuma ingin membantu. Itu sahaja saya boleh lakukan....mudahan2 ini menjadi amal buat saya, bekalan sebelum menghadapi yang Maha ESA....

Wallahualam....

p/s: Boleh hubungi saya melalui email: positifnegatif87@yahoo.com.my..atau di talian  (tolong perkenalkan diri dahulu)....insyallah....

11 comments:

  1. Insyallah, blog ni juga antara blog PLHIV yang terbbaik.. banyak saya suka baca kupasan idea mengikut idea sendiri .. fakta memang penting tapi kupasan sediri juga sangat menarik macam isu filem, fail PLHIV dan hak . .. entry yang bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih AO..masih jauh lagi BLOG ni nak jadi yang bermutu tinggi...Bak kata orang kena ada proses pemeringkatan 2 kali...hahah..walaubagaimanapun saya akan teruskan perjuangan dengan kaedah dan cara saya sendiri, beserta tunjuk ajar dari rakan2 yang lain..insyallah

      Delete
  2. Teruskan, selagi ada post baru dari blog ini insyallah saya akan terus membaca dan try memahami isi kandungnya walau pun terlewat beberapa hari nanti, saya akan cuba respon segala apa yang di bicarakan disini ya insyaallah.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tak terhingga kepada saudara najmi atas sokongan. Entry yang seberapa dan isi yang ringkas kadang2..banyak pula merapunya...hahah..datang lah bila2 masa ke wall ini..insyallah pendapat dan pandangan saudara juga menjadi inspirasi bg entry2 yang akan datang

      Delete
  3. Tulis apa yg terbuku di hati. itu lebih baik daripada meluahkan apa yg terbuku di hati kepada orang lain sebabnya tidak semua orang bijak menyimpan rahsia

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih encik AA...betul tu AA, saya tulis je apa yang saya rasa nak tulis..betol x???kan ni BLOG untuk perkongsian ilmu bagi semua PLHIV....cuma macam bisalah, kdg2 konten terabur..hahahah....maaf le kalau ada yang x berapa nak difahami..hehhehehe...apapepun kehadiran AA dalam ruangan komen sgt di nanti2......heheh

      Delete
    2. Menarik blog adik ni. Wah bukan calang2 juga mengalahkan AHP .
      Abg susah nak berblog sebab sebok dan tak ada masa dik , bila buka terus jawap.
      maafkan abg kalau tak rajin buka blog adik ni tapi tetap akan menyusul juga.

      With thousand love

      Fareez Fauzi

      Delete
    3. Tidak mengapa abg fareez, kesudian untuk menjenguk dan menjengah di BLOG ini sudah pun dirasakan cukup bermakna. Kesempatan setiap orang untuk berblog atau pon meninggalkan komen adalah berbeza kerana tuntutan hidup yang masih perlu dilaksanakan.Namun apa yang penting ialah, bagaimana kita mahu menyumbang untuk terus membantu PLHIV yang baru di diagnose ataupun yang sudah lama dalam melayari hari2 yang akan mendatang.Kesesuaian itu bergantung kepada faktor masa, wang ringgit dan sebagainya.Oleh yang demikian segala bentuk perjuangan, walaupun tidak menggunakan BLOG tetap dianggap hebat dan sentiasa di alu2 kan.Bersama kita berjuang hingga ke akhirnya. Million Love from me to Fareez Fauzi.

      Delete
  4. ini baru punya true fighter! bagus2. syukur alhamdulillah... lega rasanya!
    Fuhhh... bila org2 muda bangkit, org tua tak terkejar! apa rahsianya dengan perubahan yg sungguh mendadak ini tuan, Noharasinosuke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ada apa rahsia nya AHP. Cuma sekarang ni ada juga masa terluang. Jadi saya guna kan untuk menulis entry2 baru. Sebab kalau duduk je pun tak ada faedahnya. kalau satu hari satu entry seminggu dah boleh ada 7 entry untuk pembaca.

      Dulu saya ingat bila buat blog ni, hanya untuk meluahkan perasaan bila jiwa kacau dan emosi x stabil. Tapi sekarang saya yakin, dah sampai masa, satu lagi langkah saya buat, untuk serius membantu PLHIV yang baru di diagnose. Walaupun ilmu saya belum cukup untuk membantu, sekurang2nya ilmu yang sedikit ini saya praktik kan. Sebab saya pernah rasa, memang ada kelainan bila kita bantu orang dengan niat yang ikhlas.....

      Jadi doakan saya supaya bertawaduk dalam niat saya ini.....insyallah..

      Delete
  5. insya-Allah... ameen.
    begitulah sepatutnya

    ReplyDelete