Salam semua...(Hye..lama x update blog ni)
Kali ni nak share macam mana kena kutuk dengan orang apabila dia tahu kita ni pembawa HIV.....
Ceritanya macam ni....
Lepas disahkan HIV, tiap-tiap malam aku duduk depan komputer mencari maklumat macam mana nak rawat penyakit ni melalui kaedah rawatan alternatif...jadi macam-macam lah yang aku jumpa.....dalam sibuk-sibuk tengok info tentang rawatan alternatif, aku berminat dengan satu laman BLOG berkaitan Rawatan Secara Islam...Aku pun baca mengenai kaedah rawatan yang ditawarkan di BLOG tersebut. Ternyata maklumat dalam BLOG berkenaan sangat menarik, manakan tidak yang menulisnya bukan calang-calang orang, Semuanya bergelar ustaz. Banyak respon dari pesakit-pesakit yang menderita sakit fizikal mengatakan ada perbezaan bila berubat dengan pusat rawatan islam tersebut. Tapi bila aku baca lebih banyak, ternyata tak de satupun respon mengenai rawatan HIV....
Tapi aku x putus asa, aku terus email kepada admin BLOG berkenaan. Alhamdulilah, respon diberi dengan cukup baik, mereka mengatakan bahawa HIV boleh dirawat insyallah. Masa tu berbunga-bunga hati dengan harapan adalah sembuhnya nanti. Admin Blog berkenaan meminta aku pergi ke cawangan pusat perubatan beliau yang berada dekat dengan tempat ku. Selepas alamat diberi, 2 hari lepas tu aku pon pergi lah kesana....
Pukul 7.30pagi aku dah terpacak dekat pusat rawatan tersebut, ternyata ada orang yang lagi awal dari aku. Tapi aku xkesah kan mereka, sbb pada aku harapan untuk sembuh dari HIV memang menebal. Aku pon park kereta, dan jalan masuk ke pusat rawatan. satu benda aku x bawak, sebab aku tak tahu rawatanya macam mana. Lepas masuk, aku disuruh isi borang untuk memulakan rawatan. Ternyata memang rawatan yang deberi menggunakan ayat AL-Quran...(lega bila dengar)
dalam borang tu, ada dorang suruh tulis sakit apa...Huhuhuh..xkan aku nak tulis HIV kot..sebab borang tu akan bibaca orang lain (kalau orang lain dapat tahu, mati lah aku heboh nanti)....jadi aku pun letak "Masalah Peribadi"........
Lepas sejam tunggu, tiba2 ustaz yang menjaga kaunter tu pon panggil.....(kaunter tu dekat jerk dengan oarang lain yang menunggu giliran). Aku pun datang dekat dengan ustaz tu, dia pun tanya:
Ustaz: 'Kamu sakit apa?'
Aku: Saya takot nak bagi tahu ustaz
Ustaz: tak pe awak bagi tahu jer, sebab dalam borang ni awak kata ada masalah peribadi..
Aku: Sebenarnya saya ni ada HIV ustaz....jadi saya datang nak berubat secara islam kalau boleh...
Ustaz: Ehm..Sebenarnya ni adalah BALAK untuk kamu, memang X DE UBAT UNTUK KAMU..sekadar mengurangkan boleh lah itu pun kalau berjaya...
Masa ustaz cakap macam tu, bergetar jantung aku...ingatkan dapat lah jugak belas kasihan, tapi tak pun..terus dia cakap macam tu....masa tu baru aku tahu seorang ustaz pun x paham perasaan pembawa HIV...serius masa tu memang nak nangis, nasib baik orang depan kaunter tak dengar......
lantas ustaz tersebut bacakan sesuatu dekat dada aku dan ubun-ubun kepala...masa tu aku memang dah down giler..sebab sanggup ustaz tu cakap macam tu....dia pun tangkal sebotol air untuk aku minum, dia jugak suruh aku cari akar pokok seroja untuk buat herba..
Ustaz: kamu ni kena datang tiap2 minggu...
Aku: Insyallah....
Aku pun balik...lepas tu x pernah datang lagi......
Dalam kereta aku tertanya2..macam tu ke layanan seorang ustaz pada pesakit HIV...
xpelah....aku x salahkan dia, memang aku dapat benda ni atas dosa aku sendiri. semoga akan ada ustaz yang lebih memahami, ini kerana degan gelaran USTAZ ramai yang mahu kan bimbingan dan dorongan, lebih2 lagi pesakit HIV....
p/s: Aku x mintak HIV, tapi aku redha bila dapat sebab semua memang atas dosa aku. Aku ingat seorang ustaz lebih paham apa yang aku alami, kerana dengan ilmu agamanya yang tinggi. Namun dalam hal ni ternyata tidak...Harap2 ustaz2 luar sana jangan lah HUKUM kami dengan Perktaan BALAK......walaupun ringkas tapi mendalam maksudnya...menusuk hati.....bimbinglah kami wahai pembimbing agama....
nak menangis membacanya.
ReplyDeletenanti saya akan share di blog sana pula apa yang dikongsikan ni.
link/ sumber rujukan pembaca ke blog ini akan saya sertakan.
selamat berjuang.
inilah baru real punya fighter!
Pengalaman sebenar ni AHP....jadi kongsi2..harap x jadi pada kawan2 senasib yang lain.....
ReplyDeletespeechless..xtau nak kata apa..sebab sy sendiri dlm golongan so called-"ustaz/ustazah" sangat memedihkan apabila golongan ini x ada rasa empati..entahlah..dan agak malu apabila ada ustaz yg berfikiran begini..wallahua'lam..semoga dukalara terus tabah dan kuat..
ReplyDeleteUmmu: saya tak salahkan ustaz tu, cuma terkilan sahaja..sebab memang dorang menggunakan ayat2 Al-quran untuk berubat...cuma saya x paham, sejauh mana mereka paham akan HIV.....Mungkin saya terkena kali ni, tapi saya x mahu kawan2 saya yang mungkin mendapatkan rwatan dimana2 individu bergelar ustaz mengalami nasib yang sama...saya doakan ustaz itu agar lebih memahami apa itu HIV???
ReplyDeleteAllah knows Allah knows.
ReplyDeleteJagalah Allah, Allah will take a good care of you.
You have my support!
AS:insyallah..dalam pejuangan juga kenal PENCIPTA saya..cuma kadang2 bnyak terkucil.....harap diri ini terus berusaha..doakan bersama..
ReplyDeleteRamai yang salah faham dengan perubatan islam itu sendiri. Perubatan islam adalah perubatan moden. Ibu sina juga merupakan tokoh perubatan islam yang sangat terkenal. Mengamal ayat-ayat suci al -quran perlu seiring dengan perubatan moden.. Insyallah mudah-mudahan di kurangkan sedikit.
ReplyDeleteBagi saya adalah tidak professional seseorang itu tidak boleh melakukan atau mengaku mampu tapi sebenarnya tidak ada kebolehan atau kepakaran dalam bidang ini. Jadi ini amat salah dari segi undang-undang .. sebab mewar-warkan mampu untuk mengubati HIV di webnya namun bila berjumpa tidak pula.. ustaz tersebut harus malu dengan perbuatanya.. bukan sahaja ustaz tapi semua kaki tangan sama admin web dan pengamal perubatan. wallahualam. :)
AO:Untuk maklumat AO..dalam BLOG beliau memang x war2kan pasal boleh rawat HIV (memang xder)itu sebab saya email admin BLOG tersebut...Harap AO x salah paham apa yang saya mksudkan...Saya tanya admin melalui email, dan mereka mebalasnya melalui email juga....mereka kata insyallah boleh rawat HIV..itu yang saya pergi cuba..tapi x sangka bila dah disana jadi macam tu...
ReplyDeletetak semua ustaz ustazah mcm tu. hanya segelintir saja.
ReplyDeleteAzam:memang tidak semua, tapi segelintir itulah yang buat salah tanggapan berlarutan....apapun pada yang tidak syabas dan Tahniah...
ReplyDeletesabar yer..biasalah x smue org fhm ape itu hiv.bukan ustaz 2 jer ade jgak segelintir orang2 dalam perubatan yang jahil pasal virus hiv ni.lagi memalukan...
ReplyDelete