Sunday, 6 November 2011

Keputusan Cd4 kali pertama dan ke-2

Salam semua....
Selamat Menyambut aidil adha....
Semoga segala yang dikorbankan adalah ikhlas kerana Allah...
Semoga pengorbanan itu dibalas dengan hikmah dan kesudahan yang baik......


Seperti semua pembawa HIV yang lain, diri ku pun x terlepas untuk menjalani saringan darah untuk menentukan kandungan CD4 dalam badan.....


Sebab, hanya melalui CD4 sahaja seorang pembawa dapat diklasifikasikan sebagai masih sihat atau belum....
CD4 juga penting untuk menentukan sama ada seseorang itu perlu memulakan rawatn HAART....



Alhamdulilah.....
Cd4 yang pertma ku keluar pada bulan 6 yang lalu.....
Namun aku agak terkejut juga apabila Dr. yang merawatku mengatakan kandungan Cd4 ku hanya sekitar 440 sahaja.......


Memang sedey sangat waktu nie.......sebab, aku ingat aku masih baru....dan mungkin Cd4 aku melebihi 500.....


Rupanya aku sedar, lama atau baru seseorang terinfeksi dengan virus ini, tidak menjamin kandungan Cd4 dalam badan......


Selepas keputusan pertama, kini seminggu sebelum aidil adha....sekali lagi aku diminta hadir untuk mendapatkan keptusan CD4 kali ke-2.....


Syukur pada Allah....Cd4 kali ni ada peningkatan, walaupun x banyak, tapi masih ada peningkatan....
Namun disebalik keputusan itu, satu berita buruk aku terima...nak tahu apa..(akan diposkan di lain entry)......heheheheh


Namun aku akan terus positf dalam kehidupan..
Mudah-mudahan cd4 yang ke -3 nanti juga akan menunjukkan peningkatan....

No comments:

Post a Comment