Saturday, 5 November 2011

Permulaan Ranjau Hidup KU

Dulu hidup ku penuh ceria.......
Penuh dengan gelak tawa dan sakat menyakat bersama sahabat.....

Namun!
satu benda yang x betul tentang diriku......
Aku songsang!!Argh betul ke nie?Napa aku dipilih sebegini......

Puas aku cuba melawan nafsu dan naluri ku.......
Akhirnya aku tewas juga dengan godaan nafsu ku......

Semuanya bermula semasa tahun akhir di kampus......
Aku mula liar dan mendekati alam sonsang......
Ternyata permulaan yang sekadar hanya mencuba akhirnya membawa kepada amalan ku...

Aku mula alpa dan leka dengan semua keseronokan yang aku dapat....
Aku tahu apa yang aku buat tu salah dalam agama.....
Tapi aku seolah2 hanyut dalam kesedapan nafsu.....

Sehinggalah awal tahun 2011.....
Aku tidak akan lupa tarikh ini..19/1/2011......
Aku disahkan Positif HIV.......

Luluh jiwa raga ku.......
X terkeluar airmata ku.....
Ya ALLAH....aku rasa lemah segalanya seolah2 tiada lagi hidup untuk ku.....


Setiap malam, aku tidak boleh tidur dengan lena....
Fikiran ku hanyalah memikirkan kematian yang semakin hampir dengan ku.....
Adakah aku akan mati dalam keadaan yang hina????
Ya Allah aku x terdaya memikirkan ini semua......

Hampir 4 bulan aku bermain dengan emosi.....
Sehinggakan berat badan ku menurun 4kg......
Rambutku mula gugur...
Kening ku mula hilang.......

Ya Allah aku tak terdaya.......

Namun kini setelah lebih 9 bulan.....
Aku mula menerima takdir yang menimpa ku.....
Aku redha.....
Mungkin ini balasan setimpal buat ku dari PENCIPTA KU......
Akan ku teruskan sisa hidup ku dengan sebaiknya......

Ya Allah........



p/s Cerita lebih lanjut akan disambung pada entry yang akan datang...Insyallah.....

No comments:

Post a Comment