Tuesday, 6 December 2011

Pertemuan Kali Pertama (entry 1)


Pada hari sabtu yang lepas (3/dis/2011) aku betul teruja dan tak sabar nak jumpa dengan rakan2 senasib yang selama ini kami hanya berhubung melalui sms, email dan telifon sahaja...Hati ku bagaikan dipaut2 untuk berjumpa dengan mereka....agak2nya macam mana lah mereka..heheheh

Pukul 9.30mlm aku pun bertolak dari rumah dan menuju ke LCCT untuk menjemput sedara ku yang senasib (Azam)yang datang dari jauh...Dalam hati, agak2nya macam mana lah azam orangnya...sbb dalam telifon memang peramah...rasa malu pun ada nak jumpa, maklum kali pertama berjumpa secara direct....pukul 11.00pm aku pun sampai di LCCT dan buat pertama kali aku berjabat tangan degan sahabat seperjuangan ku...jauh disudut hati, aku menangis gembira....azam orangnya tinggi dan putih, namun seperti dijangka, pertemuan kami x sekekok yang disangka...macam dah lama kenal pulak...Lepas tu, kami direct ke rumah penginapan kami (saudara Luqarufeeqa)......disana seoarang lagi (Halim) sudah pun menunggu....

Sebaik sampai, aku disambut oelh luqa dan halim...dipendek kan cerita..kami xde masalah langsung...jumpa2 terus bergurau2....(Ya Allah kan bagus kalau masyarakat menerima kami sebegini tanpa sebarang diskriminasi)....

Malam tu aku dgn halim memang x tidor sampai ke pagi...macam2 borak...sbb aku rasa masa singkat sgt untuk semua tu..maklum..jumpa bukannya lama..setakat 2 hari...

pagi esoknya begerak ke rumah Luqa dimana adindanya melangsungkan perkahwinan dan menjadi raja sehari....Apa yang aku tahu, akan ada ramai yang dtg, cuma yang aku pasti yang datang adalah AHP,Laila dan Nazim...yang lain x tahu pulak....

Masa sampai, aku tertnya2 mana satu AHP???maklum x pernah jumpa...Rock ke dia???atau berkopiah ke dia???masing2 x tahu....so aku pun amik makan dulu....Tiba2 masa makan, datang seorang mamat ni..gayanya macam orang penang..hehehe..dia pun kenal kan diri...saya fareez...Heheh..rupany2 ni lah abag fareez ye...orangnya peramah gila..best..x kekok...

x lama selepas tu, AHP, Laila, Fariza, shah sampai.....wah dalam hati aku bestnya.....ni nah mereka..heheheh..AHP smart orangnya...si Laila memang ayu dengan baju kurung moden, shah pulak diam sbb aku pun baru kenal...fariza pulak..bnyak persamaan dgn aku..hahaha..x lama lepas tu nazim pulak sampai...kecoh yang amat dengan perbualan masing2...

Masa kejap jerk..x sangka hampir 3 jam lebih jugak bersembang dengan mereka semua...macam2 cerita..yang pasti..kami dapat buktikan kepada orang luar, bahawa PLHIV juga mampu hidup gembira dan normal seperti oarang lain....x perlulah nak mendiskriminasi kami.....

Seronok dan juga bangga..insyallah aku akan terus kuat..


8 comments:

  1. Insyallah AHP...saya akan usaha kan untuk bantu yang lain..x disana di sini x disini di sinun..heheh..jom2 pakat molek2 bantu senasib

    ReplyDelete
  2. kecik sungguh dunia ni kan...kita serupa!! hehe

    ReplyDelete
  3. frz.sfn: yup memang kecik dan tidak sangka pulak..hehe..BTW tq so much

    ReplyDelete
  4. mael,sya suka dgr celoteh awk..seronak dpt mengenali awk ni byk ceritanye.thanks byk bg sokongan pd saya..

    ReplyDelete
  5. betul kan mael...semua org suka ngn karakter awk

    ReplyDelete
  6. Mael, org kata, org Melaka ni peramah kan? hehehe. Terbaek..

    ReplyDelete