Wednesday, 7 December 2011

Kenal Doktor Kita....

Salam semua...

Kali ni nak citer siket tentang kita kenal ke x Doktor kita?

Bila gathering hari tu, ramai lah rakan2 yang cerita tentang Dr mereka..Bahkan AHP sendiri ada Dr yang selalu di war2 kan didalam BlOG beliau...

Agak cemburu sedikit bila mereka katakan Dr yang merawat mereka sangat sporting dan Open minded...Tapi kenapa lak aku nak cemburu ni???

Citenye macam ni, kat tempat aku ni Dr nye sOrang je..Dr.Jalil namanya..

Diskripsi Dr Jalil:
Umur dalam 40an
kurus2
Perwatakan: serius/susah senyum & Pendiam

Mula kenal ..Dr jalil langsung x senyum...dalam hati aku..berat ke nak senyum dengan pesakit HIV atau dia memang begitu?? tapi selepas 7 bulan lebih mengenali beliau, rupanya memang sikap dia begitu. Namun apa yang best tentang Dr aku ni, masa mula2 aku citer macam mana aku dapat HIV..dia x kondem aku..malah dia bg nasihat sehinggakan menyentuh hal peribadi.. tapi x mengapa sebab dah tugas beliau...malah tiada rahsia peribadi berkaitan kesihatan aku..semua aku citer kat dia..(cuma ada satu benda belum diberitahu)

Cuma dia memang x suka senyum...Dokter oh dokter..bila lah nak senyum kat aku nie???paling tidak sikit pn jadik lah..heheheh

Pendiam nye DR jalil ni..sampaikan CD4 aku sendiri yang kena tanya..kalau x tanya dia x cakap...soalan yang biasa di tanya..ada ruam??ada demam???ada batuk??...heheh...sesekali nak jugak lah di tanya..dah makan ke encik???

Tapi x mengapa, aku x ragu2 tentang keupayaan beliau dalam merawat aku..malah aku berterima kasih kerana dia seorang yang professional dalam merawat...

kepada Dr Jalil..saya izinkan diri inidirawat oleh DR..rawat lah saya sebaik mungkin...

p/s:kepada Doktor2 diluar sana yang merawat pesakit HIV, harap2 anda lebih mesra dengan kami, HIV ni kami x rasa sakit, tapi lebih kepada permainan emosi dan perasaan. Kami mudah sensitif dan lebih inginkan perhatian...kami x mintak secara TOTAL tapi cukup sekadar sedikit perhatian...

9 comments:

  1. hehehe... moga ramai doktor2 berkaitan y6ang membacanya.

    yalah, seperti yang kita selalu share,
    bukan virus hiv atau HAART yang menyakitkan tetapi virus jahil maklumat, diskriminasi, judgemental dan stigma lebih2 menyakitkan.

    perghhh... lajunya entry, tak terkojar den bilo orang mudo bangkit!

    ReplyDelete
  2. Insyallah..moga2 ada Doktor baca AHP...lebih2 lagi Dr saya sendiri..heheh..

    Bukan apa, xde laju sangat..cuma kena buat sementara idea ada..mungki dari segi penyusunan dan konten x berapa tersusun...maaf atas kekurangan

    ReplyDelete
  3. Mula senyum dengan dia dulu mana tahu.. kot2 di balas senyuman tuh

    ReplyDelete
  4. AO:Hheheh..saya memang sentiasa senyum dengan dia...heheh..mungkin dia penat dengan pesakit kot...

    ReplyDelete
  5. syukur la kalau dpt doktor yg macam ni walaupun serba kekurangan dari segi interaksi. tp kalau boleh nak yg terbaik.

    masih tak dpt dilupakan pengalaman dgn doktor yg pertama menyerahkan keputusan ujian darah kat sy. wajahnya serius n kata2nya pedih menikam jiwa. profesionalisme ntah ke mana. sepatutnya bg cool dulu baru la bgtau keputusan.ini main terjah begitu je. pengalaman yang sgt dahsyat.

    doktor yg merawat awk ni kira bgs lg mael. dia tekde pun tembak awk dgn senapang gajah huhuhu..cuma awk kena kerja keras la sikit supaya awk dpt info yg sepatutnya awk dapat.klu awk jg sm mcm dia, susah kat awk nanti.

    ReplyDelete
  6. Azam: Itu lah saya kata kita perlu kenal Dr kita macam mana dahulu, memang saya bersyukur kerana hanya karekter dia sahaja yang begitu, namun dri segi bekerja dia seorang yang profesionalisme...saya kadang2 takot Doktor terbawa2 dengan emosi ketika merawat kita sehingga mengabaikan sesitiviti kita sebagai seorang pesakit HIV...Moga mereka lebih bijak dalam bertindak

    ReplyDelete
  7. mael, azam cuba hubungi awk tp tak dpt. awk ok ke?

    ada info penting nak gtau dgn awk ni. nanti awk buka email mael_matriks tu ye. ada something azam dah hantar utk awk.

    ReplyDelete
  8. Wah, Azam hanto benda asing kat Mael diam2 ek? kikiki. Azam, hanto lah something tuk kami juga. :P

    ReplyDelete