Sunday, 18 March 2012

Kredit For AHP _Thanks A LoT





Jam melewati pukul 3.20 pagi….mata ku masih lagi belum menunjukan tanda-tanda mahu tidur, walaupun esok ada tugasan yang perlu dibuat awal pagi. Dalam mengulit mata ini supaya tidur, fikiran ku tiba-tiba memikirkan sesuatu perkara yang berlaku malam semalam….Lantas aku bangun dan terus menghidupkan Komputer riba yang berada di atas lantai….

Masih segar dalam ingatan ku apa yang terjadi malam semalam…
Ketika itu aku sibuk melayari laman web sosial ku, pantas saja tangan ku menkan butang-butang yang ada didalam laman sesawang. Tiba-tiba aku terfikir dan teringin untuk melayari satu laman yang dulunya aku selalu sahaja buka…Lantas ku masukan alamat jaringan nya…perlahan-lahan aku menunggu “LOADING” period….arghhhh kenapa malam ni “LINE” internet sungguh perlahan…selalunya tak pula sebegini…dalam beberapa ketika keluar lah laman WEB itu iaitu akuhivpositif.blogspot…dengan menggunakan tetikus yang ada dijari, perlahan-lahan aku skrol blog tersebut…Ehm nampaknya ada entry baru dari saudara AHP…Cuma kali ni, entry dia lain sikit, tak macam sebelum ni. Bila dilihat tajuknya, memang nak baca lebih lanjut…Nak tahu apa yang ditulis??? Moh dengar den citer lagi….

Perlahan-lahan mata ku membaca setiap perkatan dalam entry yang ditulis saudara AHP kali ni…dan Jujurnya ini kali pertama aku katakan bahawa aku baca BLOG ini dengan sepenuh jiwa dan raga ku….tiap baris dan perenggan ku amati dan baca dengan penuh konsentrasi…Rupanya entry kali ini amat berbeza….betul ke apa yang aku baca ni??? Ini ke yang AHP tulis dalam BLOG dia…?? Mulanya diawal pembacaan aku tidak begitu emosi, tetapi semakin jauh meneliti bait-bait kata dalam entry kali ini, tidak semena-mena air mata ku jatuh sedikit demi sedikit…Sedihnya bukan kepalang…air mata ku tidak tertanggung lagi…

Selama ini AHP x pernah luahkan apa yang dirasakan dalam dirinya…hanya yang ditunjukan kepada orang adalah sifat COOL dia yang sentiasa tenang…Riak mukanya yang sentiasa senyum dan wajah kebapaan yang sentiasa mengambil berat terhadap orang lain…Rupanya disebalik itu semua kita terlupa untuk melihat apa sebenarnya yang AHP rasa…

Terlalu banyak kelukaan yang di alami oleh AHP, terlalu banyak kedukaan yang ditempuhi oleh AHP dan terlalu banyak perkara yang dipendam oleh AHP, semata-mata untuk terus memberi semangat pada rakan PLHIV yang lain…aku sendiri lupa akan benda ini…Ya ALLAH hamba mu ini telah mementingkan dirinya sendiri, dengan melupakan saudara nya yang lain…

Mengimbau kembali di awal waktu aku disahkan sebagai PLHIV, BLOG AHP lah yang menjadi penemanku. Diwaktu itu, ketika aku hilang arah mencari tempat mengadu, AHP lah aku hubungi menceritakan nasib ku. Aku masih ingat, tidak pernah sekali pun AHP mengabaikan segala email yang ku tujukan kepadanya. Dan tidak jemu-jemu memberi semangat kepadaku. Masa tu aku rasakan bertuah sekali. Aku syukur kerana masih ada insan yang berhati mulia seperti AHP.
Pernah sekali, dalam balasan email yang ditulis AHP kepada diriku, beliau kata jangan sesekali mengalah dengan HIV, kita mesti kuat, jangan terlalu fikirkan benda remeh temeh yang boleh membuatkan emosi kita terganggu…walaupun mudah dan ringkas tetapi amat bermakna.

Bukan sekadar email, malah AHP sanggup memberikan nombor telifon nya supaya mudah berhubung untuk bertanyakan apa yang kurang difahami dan apa yang dirunsingkan. Masa itu aku sangat terharu…Terima kasih AHP

Kalau dulu, aku kerap buka BLOG AHP. Boleh dikatakan setiap hari. Namun bila hari berganti hari, emosi ku semakin baik dan boleh menerima takdir ku sebagai PLHIV, aku mula kurang untuk menjenguk ke BLOG AHP…Pada awal waktu nya dulu, tak ramai pengunjung ke BLOG AHP, boleh dikatakan aku antara orang yang terawal. Namun bukan itu yang hendak dibanggakan.

Kini setelah hampir setahun lebih BLOG AHP muncul, semakin ramai lah orang-orang baru yang hadir dalam BLOG AHP. Alhamdulillah, rupanya BLOG AHP ni memang sangat berguna kepada PLHIV yang baru didiagnose. Sekelumit pun aku tak pernah rasa cemburu pada orang-orang baru yang hadir dalam blog itu…malah aku rasa bangga dengan BLOG AHP kerana mampu membantu ramai orang..

Bila semakin ramai yang hadir dalam BLOG AHP, makin banyak yang memberi komen-komen yang membina, nasihat, petua dan bermacam-macam lagi. Tapi ada juga yang KONDEM2 nie…yang paling kelakar ada yang nak jual produk…tapi AHP tetap layan mereka semua dengan sikap yang professional. Apa yang ketara, ramai orang-orang baru yang hadir memerlukan bantuan dalam BLOG AHP. Sampai kan aku pun dah tak kenal orang-orang baru tersebut. Cuma beberapa rakan lama yang masih aku kenal. Ketika itu, aku rasakan sudah sampai masa aku kurangkan penampilan ku di dalam BLOG AHP…supaya ada ruang untuk AHP membantu yang lain. Aku lakukan benda ni bukan sebab aku merajuk, tetapi bagi lah peluang pada rakan-rakan baru untuk berdamping dan menimba maklumat dari AHP. Pada aku, AHP dah beri tunjuk ajar yang apa sepatutnya aku lakukan. Macam AHP katakana dulu, kita kena kuat. Jadi dengan kata-kata itu, jarang lah aku mengadu pada AHP, malah nak komen dlm BLOG AHP pun dah kurang. Sebab nak belajar apa yang AHP katakana supaya jadi kuat.

Walaupun kurang berhubung dengan AHP, namun tak pernah sedikit pun aku lupakan beliau. Sentiasa dekat dalam hati. Mungkin kerana jarak umur, keakraban aku dengan AHP tidak seperti sesetengah rakan lain yang pernah mengenali AHP. Tapi aku tak pernah ambil hati, apa yang penting AHP selesa untuk bercerita dan berkongsi masalah dengan rakan yang beliau rasakan mudah dan lebih memahami.

Cuma apa yang aku terkilan, apa bila membaca entry baru AHP ialah sikap aku yang pentingkan diri. Ada benar jugak apa yang ditulis AHP. Asyik dia je nak dengar masalah orang (termasuk aku), tapi orang tak mahu nak dengar masalah dia. Dia jugak lah yang selalu Tanya khabar orang (termasuk aku), tapi orang jaran sangat Tanya khabar dia. Benda ni buat aku terfikir yang aku memang mementingkan diri. Tersedar dari mimpi agaknya…Aku terfikir, mungkin aku ni pencerita yang hebat, tapi adakah aku juga seorang pendengar masalah yang hebat??? Adakah aku peka dengan sensitivity rakan???

Aku terfikir tak boleh ke sesekali aku ni angkat telifon dan Tanya khabar AHP dahulu, kalau tidak pun SMS je dia. Bukan payah pun, tapi tu pun aku tak mampu buat. Terasa  seperti orang yang tidak mengenang budi pula…

Apapun buat AHP, saudara adalah insan mulia yang sanggup membantu tidak kira masa, penat dan jerih. Aku amat terhutang budi pada beliau. Dan percaya lah budi AHP akan ku kenang sampai ke liang LAHAD. Maaf kan saya atas apa yang kurang dalam diri ini. Buat AHP, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga…Jasa mu ku kenang, budimu kujulang.


p/s: AHP lepas ni jangan pendam2 lagi perasaan tu….luahkan, saya juga sedia mendengar, walaupun saya ni hanya budak hingusan yang kurang ilmunya. Insyallah, untuk AHP saya usahakan…………amin

10 comments:

  1. wah! awak terbaik la ..

    Semogaabah AHP tenang melihat entry ni.. ramai ni sayang fahrain ahmad pahang hihi

    ReplyDelete
  2. Mudah2an lah AO.....entry ni just untuk AHP.....kredit for him...

    ReplyDelete
  3. ala... tak ada apalah mael.
    hahaha...
    buat malu je dah tua2 ni emo pulak!
    mula2 saya dah delete entry tu, malu.
    tapi kak da dgn ummie tak kasi.
    depa kata, biarlah org faham
    segan ah,

    semoga sabar dan tabah selalu.

    ReplyDelete
  4. THumbs up!

    Kekadang kita rasa kita tak diperlukan..tapi kehadiran kita yang sekelumit tulah sangat membantu. :)

    ReplyDelete
  5. salam..

    biarpun payah, namun keluhan dan resahan sendiri akan membawa diri...
    :) http://keretamayat.blogspot.com/2007/05/kenapa-kuat-merajuk.html

    -abu

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah semua kita yang dipertemukan disini melalui blog AHP kan....

    ReplyDelete
  7. tahniah mael..kita harus kuat hadapi hari mendatang.

    ReplyDelete
  8. Salam kenal.
    Saya bangga dapat baca blog anda semua & AHP, anda semua penyumbang terbesar kepada sikap positif saya, walaupun anda positif HIV, saya bangga dgn sikap positif anda, saya kagum dgn ketabahan anda semua dan anda adalah penyumbang terbesar bagi sikap muhasabah diri saya. Anda semua sahabat saya dan saya harap anda semua juga sudi bersahabat dengan saya.

    ReplyDelete
  9. Mak Wardah...xpe..semua PLHIV mengerti sedikit sebanyak apa yang rakan senasib rasa... Anda juga perlu terus kuat dan tabah. Soal berkawan tidak menjadi sebarang masalah....boleh jerk..hahaha

    ReplyDelete