Bismillahirrahmanirahim..
Assalamualaikum semua, maaf lama x masuk kan entry kat dalam ni...
Bukan sebab apa tapi x de idea atau maklumat yang nak dikongsikan...
Alhamdulillah setelah hampir setahun lebih bergelar PLHIV maka bermacam lah peristiwa dan perkara yang berlaku dalam hidup ini samada yang gembira ataupun sedeh. Tapi oleh kerana prinsip hidup dunia masa sentiasa beredar maka sedar atau tidak ada yang berjaya diselesaikan dan ada juga yang dilupakan begitu sahaja.
Dalam hidup bermasyarakat pula, alhamdulillah selagi mereka tak tahu status kita maka perhubungan dengan orang sekeliling itu manjadi biasa. Perkenalan terus berlaku samada yang PLHIV ataupun tidak. Tidak kurang juga yang pergi tanpa berita ataupun dengan mengejut. Tapi apakan daya yang pergi akan terus pergi dan kita pasti akan menyusul kemudian.
Namun apa yang pasti, semakin ramai kenalan PLHIV yang memberikan kita semangat untuk terus hidup dan berjuag, pada mereka yang berbuat demikian saya ucapkan jutaan terima kasih dan jasa anda akan saya kenang sampai akhir hayat. Namun sepekara yang paling payah sebagai PLHIV ni adalah dalam pengurusan EMOSI adalah paling sukar. Ia sering datang tanpa dipinta ataupun akibat tindakan kita sendiri. Saya yakin dan percaya EMOSI setiap PLHIV tidak sama, kadar pemahaman mereka tentang emosi juga berbeza-beza. Hujahnya setiap orang adalah berbeza dan pemikiran juga berbeza. lantas ramailah yang mengatakan PLHIV harus bijak mengawal emosi, atau dalam bahasa kampongnye MEROYAN!!!!. Tapi semua PLHIV ni tahu ke apa itu PENGURUSAN EMOSI yang BIJAK????? walaupun dia bijak dalam akademik. Kononya kelulusan Universiti itu ini dan sebagainya...
Pengurusan EMOSI yang bijak???PLHIV semua tahu ke??? ko cakap sikit??? bagi saya@aku entahlah susah nak difinisi bijak tu macam mana. Sebab ia sangat subjektif. Ada sesetengah cakap PENGURUSAN BIJAK tu apabila hidup dia tenang je, x gabra, dan bila depan orang dia cool je walaupun ada masalah yang berkaitan emosi. Ada juga orang bijak mengurus emosi ni bila dia ketawa dan senyum selalu seolah2 macam xde apa2 berlaku. dan tak kurang juga apaibila ada mengatakan bila dia kurang mengadu domba tu maknanya dia bijak mengurus emosi lah tu.Hahahaha macam2 lah pendapat tentang perkara ni. Bila tanya pakar pulak, maka mula la dia dok keluarkan petikan dari kajian yang dilakukan orang tu lah, orang ini lah, kena buat macam tu lah, macam ni lah. Ada juga pakar mengintepritasi dengan pelbagai cara. Hahahahah...maklum dia kan PAKAR...
Jadi terpulang pada korang lah nak duduk dalam kategori mana untuk memberikan pendifinisian BIJAK menguruskan EMO tu macam mana supaya x meroyan. So setiap PLHIV ni dia ada cara masing2 untuk uruskan benda tu. Jangan PLHIV (A) cakap PLHIV (B) xc betol dalam uruskan emosi dia. Dalam memberi pandangan x de masalah terpelang pada yang mendengar samada nak ikot nasihat atau cadangan yang diberikan atau tidak. RESPECT ler kata orang...
Belum tentu orang yang dok ketawa sementang dan coool jerk tu EMOSI dia GILE2 STABIL macam konkrit....Silap2 dalam hati dia MEROYAN jugak bagai nak rak....hahaha... Dan bukan juga orang yang dok mengadu domba dan menangis jerk EMOSI dia lembik macam jeli...tapi musibah dia dapat tempuh jugak...jadi x boleh nak salahkan mana2. Bergantung kepada diri orang itu....
Aku ni bukan apa, dok ingtkan diri sendiri sungguhpun aku PLHIV yang sama status nye dengan PLHIV lain diluar sana tapi, dia adalah dia, dan aku adalah aku. So aku pon x patut nak cakap lebih2. Perjalanan hidup setiap PLHIV tak sama. Yang sama nye semua PLHIV kebanyakan mengalami kesan emosi dari masyarakat (DISKRIMINASI) dan kesan fizikal HAART yang hampir sama. Tapi berkaitan EMOSI peribadi EVERY PLHI is DIFFER from OTHERS....jadi paham2 lah...
Jangan lah dok kata " oit ko ni lembik lah, dok meroyan jerk. Aku PLHIV gak, tgok aku ada macam ko? mana ada meroyan2..buang masa jerk" hahahah senangkan cakap...." katup bibir atas bawah jadi jerk....tapi pernah fikir dia sapa ko sapa??? kalau dah dia tu sebijik macam ko maknanya dia bukan orang lain ler....senang cakap dia tu lain ko lain...abis citer...
Hormat menghormati ni perlu dikalangan PLHIV juga. X kira lah berbeza CD4 ke dah makan ubat ke belum ke, tu bukan persoalan dia. Senioriti PLHIV menjadikan maklumat dan pengalaman nye sangat berharga untuk PLHIV baru, oleh itu PLHIV yang baru kena bijak mengaup segala maklumat yang berguna.Tapi kena ingat PLHIV yang baru HORMAT yang senioriti. yang senioriti pula tak boleh anggap yang PLHIV baru ni boleh ikot rentak mereka dengan cepat, setahun dua belum tentu lagi boleh. FRAGILE lagi mereka ni. JAdi janganlah terlalu berkeras sangat. Tapi yang PLHIV kena lah juga berubah, jangan dok lembik je.....Yang SENIOR di HORMATI dan JUNIOR disayangi...jadi saling memahami.....
Bukan apa lah takot2 nanti tersalah dan terasa hati, terkecik ati orang ,mana kita nak tahu kan....BILA nak mintak maaf??? ehm..semua ni aku ingtkan untuk diri aku juga....dah masuk kubur sokdah x sempat nak SMS mintak maaf...orang tu lak belum tentu nak maafkan kite...kan naya...HIDUP ni bukan milik kita 100% sebahagian nya milik masyarakat. Macam dalam Al-Quran bagi tahu "Hablum minalAllah, Wa Hablum miNannas" Perhubungan itu ada dua iaitu dengan Allah dan dengan manusia. Xde pulak cakap hidup kita 100% milik kita....so renungkan ye diri KU!!!!
samapi disi sahaja entry kali ni. Entah apa aku merapu pon tahu...Chau!!!
P/s: Saya mintak maaf kalau entry kali ni agak terkasar.....xde niat selain untuk ingatan DIRI SENDIRI....so sambil tu dengar NASYID ni sebagai HALWA telinga
tahniah Mael,
ReplyDeleteyang penting mael berani meluahkan. ada kewajarannya dan kadangkala ianya berkaitan dengan masa.
apa2pun jom bangkit dan terus berjuang selagi berkesempatan :D
AHP...setakat berjuang untuk diri sendiri boleh lah cukup2 makan hahahahahah
ReplyDeleteSaya suka ayat ini,
ReplyDelete"yang senioriti pula tak boleh anggap yang PLHIV baru ni boleh ikot rentak mereka dengan cepat, setahun dua belum tentu lagi boleh. FRAGILE lagi mereka ni. JAdi janganlah terlalu berkeras sangat".
Bravooo...
Setuju. Mael, take care of yourself, betul apa yang Maael luahkan, dari pembacaan saya PLHIV perlu kuat tetapi dalam membina kekuatan itu adalah secara berfasa.
ReplyDeleteNajmi: ayat kampong je mie..senang nak paham lah...
ReplyDeleteMak Wardah: Yup tu sebab kite x boleh nak ikot org sangat