Wednesday 14 December 2011

Kongsi?



Kongsi?

Assalamualaikum semua…
Salam sejahtera kepada semua rakan seperjuangan…
Semoga semuanya sihat-sihat hendaknya…
Lama tak bersua kan???

Minggu ni saya nak kongsikan satu pandangan saya berkaitan “Kongsi?”…..

Sedar atau tidak, masa kita sihat dulu-dulu, jarang kita nak borak dengan kawan-kawan berkaitan tentang diri kita. Kalau ada pun hal-hal duniawi seperti hal cinta, masalah duit dan lain-lain lagi…..Kalau kita kongsi pon mereka bukan paham pun…kadang-kadang ada yang siap perli lagi…..Betul tak??

Kita pun masa sihat dulu-dulu jarang nak dengar rintihan kawan-kawan kita ni…setakat dengar boleh lah, sebab masa tu kita anggap hal masing-masing kenalah selesaikan sendiri…Mudah cerita, pandai buat masalah pandai selesaikan sendiri…Paling biasa ayat yang kita akan dengar “Sabarlah”…”kuatkan semangat”….masa kita down boleh lah kita pakai..tapi cuba dah gembira sakan, kata-kata itu hanya tinggal kata-kata biasa…..Hahaha..alpa sungguh kita kan?

Sekarang ni dah tak macam dulu… “I am HIV positive”….segalanya jadi sensitip…cakap tu tak boleh, orang cakap macam ni sikit tak boleh…mula lah nanti air mata nak bertakung…..hahahha bak kata orang “SENTAP” je memanjang…..Bayangkan, brutal mana pun dulu, bila dah jadi macam ni, hati jadi rapuh siot…hahahah…..

Bila dah macam ni, mulalah kita terkapai-kapai nak cari seseorang untuk jadi penglipur lara…betul tak??? Kalau boleh nak nangis dengan dia puas-puas….baru lah nak ingat si Temah le…Senah le…Boy le, shah dan lain-lain lagi…..Tapi korang sedar tak? Kenapa kita tak mengadu pada Allah je???..Ko ingat kawan-kawan yang lain tu senang sangat nak dengar rintihan hidup ko yang berjela-jela tu???....Hidup dia orang pun tak tentu stabil….

Ngadu(Kongsi dengan) pada Allah….

Pada yang HIV+ tu jangan risau-risau…kalau korang nak mengadu baik buat pada Sang PENCIPTA kita. Nangis lah puas-puas atas sejadah tu, kalau x nak atas sejadah, atas batu pun boleh. Ringkasnya, bila-bila masa pun boleh ngadu pada Allah..sebab Allah ni dia 24 Jam “Available”..Line x pernah busy….tapi ada syarat lah ek…jangan main terjah je…Pokoknya disini, langkah pertama perkongsian adalah dengan Allah. Sebab Allah dia x judge pun apa yang kita kongsikan dengan NYA, Allah tak kata “Oit, Mat..padan muka ko ada HIV”…jadi secara langsung perkongsian itu adalah secara TOTAL yang seharusnya menjadi dorongan kepada pembawa HIV bahawa Allah Maha mendengar dan Maha mengasihani hambanya….jadi apa lagi? Cepat-cepat kongsi duka kita pada Allah, insyallah ada rasa perbezaanya (saya ingatkan diri saya juga)…

Kongsi dengan siapa?

Boleh ke kita percaya pada kawan-kawan ni? Dulu dia tak tahu ko HIV boleh lah ko kongsi macam-macam. Tapi sekarang macam mana??? (Betul x benda ni berlaku pada korang?)….

Pendapat saya mudah, memandangkan pandangan masyarakat pada HIV adalah sangat negatif, maka kita harus bijak memilih kawan yang sesuai untuk kita nak memulakan perkongsian…

1)       Mula-mula cari kawan yang senasib melalui alam maya “Internet”, kerana sekarang dah ramai pesakit HIV yang bangkit mengutarakan pendapat, berkongsi cerita melalui BLOG masing-masing. Namun harus berhati-hati, kerana bukan semua yang buat BLOG tu ikhlas, kemungkinan ada yang berlakon je…al maklum zaman IT macam-macam boleh berlaku…(salah satu BLOG paling baik adalah AHP)….dalam alam maya, tak da sesiapa akan kenal korang semua. Jadi perkonsian lebih mudah. Cerita jerk lah apa2 nak citer.

2)       Cari kawan yang senasib , sebab senasib je yang paham apa yang kita rasa. Kemudian hubungi beliau secara email, atau telifon. Bukan apa, cara ini lebih mudah dan banyak yang boleh diceritakan. Tapi harus diingat, jagan terus menerus je terjah mereka dengan pelbagai soalan. Kenal mereka dulu, biasanya kita boleh kenal yang mana betul HIV+ atau pun tidak. Ambil masa berhubung dengan mereka. Bila dah yakin baru begerak ke satu tahap yang lebih lagi. Tapi kena ingat juga, kalau dah senasib ni, yang mendengar rintihan kita pun ada masalah juga. Jadi hal remeh temeh tak perlu sangat nak share selalunanti takot2 kita pulak bagi tekanan pada rakan senasib kita….Pada saya kurang kan untuk terlalu sangat nak cerita segala masalah kita pada orang lain. Latih diri sebagai seorang HIV yang CEKAL dan KENTAL…memang emosi kita seorang HIV biasanya kadang-kadang tak berapa stabil, jadi nak berkongsi sekali-sekala boleh la. Maksudnya jangan kerap sangat. Hormati rakan2 kita juga, kerana mereka juga perlu berjuang untuk diri mereka.

3)       Kalau korang tak selesa dengan cara kat atas, korang bole je citer dengan Doktor yang merawat korang. Sebab mereka ni memang pandai dalam pujuk memujuk. Tapi nasib-nasib jugak sebab ada Doktor yang pendiam dan terlalu sopan. Tapi x pe, korang citer jerk….heheheh…kadang-kadang mereka ni sibuk juga, jadi masa untuk kita adalah terbatas. Faham2 sahaja, dia mungkin Doktor untuk orang lain jugak…..


Jadi tu je lah entry merapu kali ini….pada semua rakan-rakan senasib, jangan malu-malu nak kongsi masalah atau cerita anda….sama-sama kita berjuang demi hidup yang lebih baik dan sejahtera.


p/s: Jangan kita jer nak share masalah dengan orang, sesekali kita pulak jadi pendengar masalah rakan senasib yang lain.Hehehe..ren

6 comments:

  1. sorry la InSaN@TaBaH,
    try check setting kat dashboard. ejas time blog ni. nampak macam time pacific yg kuar kat kotak komen tu

    ReplyDelete
  2. AHP: Ni merapu jerk AHP..heheh..pasal setting waktu tu x tahu pulak nak cari kat mana...

    ReplyDelete
  3. hahaha terbaik.. jom kita kongsi ... ada bran? hihi

    ReplyDelete
  4. AO:jom jom..kalau kongsi yang boleh mebakar semangat untuk jadi lebih kuat x derk masalah..boleh je...

    ReplyDelete
  5. Nak gak kongsi arr... baru arr jadi keluarga.

    ReplyDelete