Thursday 1 March 2012

Sekadar Ilmu Tambahan

ISU-ISU PERUBATAN
MENURUT PERSPEKTIF HUKUM
Disediakan
Oleh
Ahmad Tirmizi Taha
Pensyarah FPIK UDM

 
Hukum Membunuh Pengidap HIV atau AIDS

Syekh Atiyyah Saqar iaitu bekas Ketua Majlis Fatwa Al Azhar menjelaskan berkenaan hukum membunuh pengidap HIV atau AID dengan kenyataan berikut:


Haram membunuh pesakit yang mengidap penyakit yang tiada harapan untuk sembuh atau penyakit berjangkit ( sekalipun dengan permintaan dari pesakit itu sendiri ). Ini kerana penyembuh yang hakiki ialah Allah. Setiap penyakit pasti ada ubat melainkan mati. Cuma manusia belum menemui ubat untuk merawat penyakit tertentu. Begitu juga manusia bukanlah pemilik kepada ruhnya. Ruhnya adalah milik Allah dan tidak boleh menggunakan ruh melainkan dengan cara yang diizinkan oleh Allah.

Orang yang meminta agar dipercepatkan kematian adalah sama dengan membunuh diri sendiri.

Berkenaan orang yang mengidap penyakit berjangkit pula, beliau berpendapat bahawa Islam telah memberikan garis panduan untuk menangani masalah tersebut melalui cara Hajr Sihhi - Iaitu kuarantin kesihatan. Arahan ini sebenarnya terdapat di dalam beberapa hadis nabi S.A.W.

Oleh itu haram membunuh pengidap penyakit berjangkit dan tidak boleh menyamakan orang yang menghidap penyakit dengan seorang penjenayah yang patut dibunuh.
Wallahu’a’lam

P/s: Maklumat ini di ambil dari sumber JOURNAL tulisanAhmad Tirmizi Taha
Pensyarah FPIK UDM

11 comments:

  1. saya faham ini sekadar perkongsian tetapi ingin bertanya kepada yang diluar sana terutama yang merasakan diri mereka insan mulia.

    sepatutnya isu ini langsung tidak timbul.
    apakah bahayanya PLHIV kepada masyarakat dan negara?
    berjangkitkah virus tanpa aktiviti berisiko?
    bagaimana dgn isteri, anak dan golongan yang teraniaya akibat pemindahan darah tau organ?
    apa perasaan ahli keluarga PLHIV apabila mereka dihukum begitu?
    tertutup sudahkah dan dilaksanakankah sepenuhnya langkah2 pendidikan dan pencegahan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AHP, saya rasa masih lagi ada kepincangan dalam hal ini. Macam yang selalu dikatakan, bila berkaitan HIV je mula ramai yang negetif tetang penyakit ini. Oleh itu, satu kajian menyeluruh harus dilakukan supayan perkara2 sebegini tidak berlaku

      Delete
  2. Orang yang meminta agar dipercepatkan kematian adalah sama dengan membunuh diri sendiri.

    Saya dulu bila dapat hiv memang dah tahu pendek umur dan memang tidak pernah nak berdoa pada Allah untuk dipanjangkan umur kerana saya sangka Allah tak akan panjangkan umur ini kerana hiv itu kan virus maut.

    TETAPI saya tersedar bila mendengar cerita dari mak saudara yang mendengar ceramah seorang ustaz, ia berkata kita manusia kena minta doa panjangkan umur pd Allah tidak kira muda atau tua,sihat atau sakit kena minta pada Allah kalau kita tidak minta mcm mana Allah nak perkenankan kan...

    So sejak itu setiap hari saya berdoa :)

    Sepekara lagi biasanya yang nak mati cepat tu biasanya orang kafir, sama ada orang yang sakit minta mati cepat atau waris yang dah tak tahan melihat saudara yang terlantar sakit supaya dimatikan atau di stop kan aje misen pernafasan kan, sangka mereka lepas mati mereka akan hidup lebih aman atau akan dihidupkan menjadi makluk lain ke dunia tapi bila dah mati baru tau aman ke tak bila dah masuk kubur tu kan

    Kalau ada orang islam yang nak mati cepat tu entah ada ke tidak ke maybe tak ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang x dapat di nafikan najmi...apabila nafsu dan emosi menguasai diri..maka akal tidak berguna lagi..x kira islam atau tidak, memang ada segelintir menganggap bunuh diri akan menyelesaikan masalah....

      Tapi saya setuju pada pandangan najmi supaya sentiasa berdoa pada ALLAh agar dipnjangkan umur dengan penuh kesihatan.Biarkan ALLAH yang menetapkan ajal maut kita

      Delete
  3. salam,saya cume nk bagi pndapat sbb sy dgar dari ceramah ustazah di radio sblum ni...
    kite digalakkan untuk minta panjang umur tapi jgn sampai panjang umur yg sampai satu tahap kte nyanyuk...
    paham ke maksud sy...wallhuallam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tchr Shda...minta sesuatu yang baik dari Allah x salah. Malah dituntut. Soal bila akan makbul biar Allah je tentukan

      Delete
  4. Saya tidak tahu isu HIV ni tentang bunuh ni tapi pandangan saya sangat tidak adil untuk mengetahui hal bunuh ni tanpa kajian yang menyeluruh.

    Islam itu agama yang mulia tidak mendiskriminasikan.

    ReplyDelete
  5. Macam ni AO, sebenarnya artikel ini berkaitan membunuh PLHIV. BUkan mengenai PLHIV yang bunuh diri. Contoh, kalau ada PLHIV yang msuk hospital dan berada dalam kritikal, Dr tidak boleh nak bagi sebarang ubat untuk mempercepatkan kematian PLHIV tersebut walaupun atas permintaan pesakit. Ini bermaksud, PLHIV juga ada hak untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Bukan dipandang enteng

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo maaf ao tak tahu tentang tu hehe terima kasih atas penjelasan.

      AO pun samar-samar juga. hihi

      Delete
  6. Assalamualaikum...maaf bertanya...tpy bagaimana pula kita meminta dipercepatkan ajal atas tujuan untuk tidak mahu lagi berbuat dosa dan tidak mahu untuk hidup dalam dunia yg dipenuhi dgn fitnah dajal ni??

    ReplyDelete