Wednesday, 14 December 2011

HIV satu HIKMAH


HIV satu HIKMAH

Bila sebut je pasal HIV mula lah orang ramai syak yang bukan-bukan. Dalam minda mereka HIV jijik dan kotor, padan muka dengan orang yang kena HIV…(biasanya orang yang sihat lah anggap macam ni)…

Tapi sebagai pesakit HIV, lebih2 lagi saya ni yang dah nak dekat setahun bergelar HIV+ , pandangan seperti itu semakin hari semakin pudar. Malah saya anggap HIV sebagai satu HIKMAH bagi saya.

Memang lah mula-mula kita anggap HIV ni pemusnah harapan, lebih banyak negtif berbanding positifnya. Tapi makin lama hadapi benda ni, semakin silap pulak anggapan tersebut…

Kenapa kata HIV tu hikmah? Bukan pembunuh ke???

Jawapan saya sekarang HIV bukan pembunuh…sebabnya dengan HIV lah saya tahu untuk memulakan satu kehidupan baru. Dengan HIV lah banyak pandangan saya berubah. Banyak juga sisi dan rutin harian saya berubah. Manakan tidak, sesuatu yang tak pernah buat sebelum ni sekarang dah mula buat sikit2….

Mari tengok apa yang berlaku sebelum ada HIV dan selepas bergelar HIV+:

1. Dulu: Kalau dulu masa sihat, bab kebersihan ni jarang di praktikan sangat. Semua ambil mudah, senang cakap asalkan boleh je…Sekarang: tak lagi, kebersihan dah menjadi keutamaan sama ada di rumah ataupun di luar.

2. Dulu: Pantang orang buat silap sikit, cepat jek nak komen2 orang tu. Banyak dosa lah, padan muka lah. Tak selidik tapi dah menghukum. Sekarang: dah mula amalkan bersangka baik dalam kehidupan seharian, tidak tertalu menghukum seseorang dengan status tertentu. Bagi mereka peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Bagi dorongan kepada mereka untuk berubah.

3. Dulu: Kalau bergembira asyik nak dengan kawan2 je. Kadang2 jerk dengan family (bagi yang bujang). Sekarang: Lebih banyak masa dihabiskan bersama dengan ibu bapa, adik beradik, anak sedara. Perhubungan makin mesra. Terasa bertapa pentingnya keluarga di saat ini.

4. Dulu: Banyak pekerjaan di tangguhkan, kononya banyak masa lagi. Tak perlu nak cepat2 sangat. Sekarang: Buat apa sahaja yang nak buat (yang positif) sebab sentiasa merasakan bahawa masa bergerak sangat pantas. Takot-takot banyak yang dirancangkan tidak dapat dilaksanakan.

5. Dulu: Asyik ingat nak bergembira je. Asal free sikit je mula “Bosan” bila BOsan mulalah nak kseronokan. Sekarang: “Busan” masih ada, Cuma bagusnya tahu cara yang terbaik untuk mengelakan bosan yang mencari keseronokan dunia semata2.

6. Dulu: Jarang2 berdoa dan kurang yakin dengan doa yang di buat. Sekarang: Keyakinan yang makin utuh dengan Doa2 dan janji2 Allah yang pasti akan berlaku.

7. Dulu: Kurang perihatin akan masalah rakan2 yang bermasalah. Sekarang: Lebih tersentuh hati untuk membantu seupaya yang boleh kepada sesiapa yang memerlukan sokongan moral atau emosi sama ada HIV+ atau pun tidak.

8. Dulu: Mengaggap setiap sakit sebagai satu bebanan. Sekarang: Semua penyakit adalah satu ujian yang membawa kepada HIKMAH.

9. Dulu: Nakal memang le jangan cakap.Hehehe..sekarang: Nakal boleh dikawal dengan lebih baik insyallah.

10. Dulu: Merasakan HIV pemusnah segala cita-cita dan harapan. Sekarang: HIV pendorong untuk lebih berjaya dan hidup lebih harmoni sejahtera.

Segala puji bagi Allah yg masih lagi melimpahkan kasih sayangnya kepada:
Hambanya yang tak henti-henti melakukan dosa.
Hambanya yg terkadang merasakan amalnya sudah cukup untuk menebus syurganya.
Hambanya yang tak sedar melakukan dosa sehingga segenap hatinya tiada ruang cahaya petunjuk untuk menyelinap masuk.
Terima kasih Allah kerana Engkau masih lagi menyayangi aku,
Terima kasih kerana mengingatkan Aku tatkala aku semakin hari semakin hanyut dengan keindahan dunia.
Terima kasih ya Allah kerana Engkau mengingatkan aku segala dosa yang telah aku lakukan.
Terima kasih Allah kerana Engkau menguji aku dengan ujian ini.
Hanya Engkau Maha Mengetahui segala apa yang aku rasakan
Terima kasih ya Allah kerana Engkau telah memberikan aku ketenangan setelah Kau timpakan aku ujian
Oleh yang demikian, kuatkan tekad dan azam untuk terus hidup sihat dan bersyukur dengan apa yang menimpa. HIV bukanlah satu bebabnan, tetapi sebagai HIKMAH Allah kepada hambaNYA yang terpilih sahaja.



p/s: HIV ni ciptaan Allah juga, jadi pasti ada HIKMAH napa Allah adakan HIV ni. Pasti dan yakin je, setiap yang berlaku pasti ada kebaikan yang kita tidak pasti. Hanya Allah lah Maha mengetahui segalanya.

Kongsi?



Kongsi?

Assalamualaikum semua…
Salam sejahtera kepada semua rakan seperjuangan…
Semoga semuanya sihat-sihat hendaknya…
Lama tak bersua kan???

Minggu ni saya nak kongsikan satu pandangan saya berkaitan “Kongsi?”…..

Sedar atau tidak, masa kita sihat dulu-dulu, jarang kita nak borak dengan kawan-kawan berkaitan tentang diri kita. Kalau ada pun hal-hal duniawi seperti hal cinta, masalah duit dan lain-lain lagi…..Kalau kita kongsi pon mereka bukan paham pun…kadang-kadang ada yang siap perli lagi…..Betul tak??

Kita pun masa sihat dulu-dulu jarang nak dengar rintihan kawan-kawan kita ni…setakat dengar boleh lah, sebab masa tu kita anggap hal masing-masing kenalah selesaikan sendiri…Mudah cerita, pandai buat masalah pandai selesaikan sendiri…Paling biasa ayat yang kita akan dengar “Sabarlah”…”kuatkan semangat”….masa kita down boleh lah kita pakai..tapi cuba dah gembira sakan, kata-kata itu hanya tinggal kata-kata biasa…..Hahaha..alpa sungguh kita kan?

Sekarang ni dah tak macam dulu… “I am HIV positive”….segalanya jadi sensitip…cakap tu tak boleh, orang cakap macam ni sikit tak boleh…mula lah nanti air mata nak bertakung…..hahahha bak kata orang “SENTAP” je memanjang…..Bayangkan, brutal mana pun dulu, bila dah jadi macam ni, hati jadi rapuh siot…hahahah…..

Bila dah macam ni, mulalah kita terkapai-kapai nak cari seseorang untuk jadi penglipur lara…betul tak??? Kalau boleh nak nangis dengan dia puas-puas….baru lah nak ingat si Temah le…Senah le…Boy le, shah dan lain-lain lagi…..Tapi korang sedar tak? Kenapa kita tak mengadu pada Allah je???..Ko ingat kawan-kawan yang lain tu senang sangat nak dengar rintihan hidup ko yang berjela-jela tu???....Hidup dia orang pun tak tentu stabil….

Ngadu(Kongsi dengan) pada Allah….

Pada yang HIV+ tu jangan risau-risau…kalau korang nak mengadu baik buat pada Sang PENCIPTA kita. Nangis lah puas-puas atas sejadah tu, kalau x nak atas sejadah, atas batu pun boleh. Ringkasnya, bila-bila masa pun boleh ngadu pada Allah..sebab Allah ni dia 24 Jam “Available”..Line x pernah busy….tapi ada syarat lah ek…jangan main terjah je…Pokoknya disini, langkah pertama perkongsian adalah dengan Allah. Sebab Allah dia x judge pun apa yang kita kongsikan dengan NYA, Allah tak kata “Oit, Mat..padan muka ko ada HIV”…jadi secara langsung perkongsian itu adalah secara TOTAL yang seharusnya menjadi dorongan kepada pembawa HIV bahawa Allah Maha mendengar dan Maha mengasihani hambanya….jadi apa lagi? Cepat-cepat kongsi duka kita pada Allah, insyallah ada rasa perbezaanya (saya ingatkan diri saya juga)…

Kongsi dengan siapa?

Boleh ke kita percaya pada kawan-kawan ni? Dulu dia tak tahu ko HIV boleh lah ko kongsi macam-macam. Tapi sekarang macam mana??? (Betul x benda ni berlaku pada korang?)….

Pendapat saya mudah, memandangkan pandangan masyarakat pada HIV adalah sangat negatif, maka kita harus bijak memilih kawan yang sesuai untuk kita nak memulakan perkongsian…

1)       Mula-mula cari kawan yang senasib melalui alam maya “Internet”, kerana sekarang dah ramai pesakit HIV yang bangkit mengutarakan pendapat, berkongsi cerita melalui BLOG masing-masing. Namun harus berhati-hati, kerana bukan semua yang buat BLOG tu ikhlas, kemungkinan ada yang berlakon je…al maklum zaman IT macam-macam boleh berlaku…(salah satu BLOG paling baik adalah AHP)….dalam alam maya, tak da sesiapa akan kenal korang semua. Jadi perkonsian lebih mudah. Cerita jerk lah apa2 nak citer.

2)       Cari kawan yang senasib , sebab senasib je yang paham apa yang kita rasa. Kemudian hubungi beliau secara email, atau telifon. Bukan apa, cara ini lebih mudah dan banyak yang boleh diceritakan. Tapi harus diingat, jagan terus menerus je terjah mereka dengan pelbagai soalan. Kenal mereka dulu, biasanya kita boleh kenal yang mana betul HIV+ atau pun tidak. Ambil masa berhubung dengan mereka. Bila dah yakin baru begerak ke satu tahap yang lebih lagi. Tapi kena ingat juga, kalau dah senasib ni, yang mendengar rintihan kita pun ada masalah juga. Jadi hal remeh temeh tak perlu sangat nak share selalunanti takot2 kita pulak bagi tekanan pada rakan senasib kita….Pada saya kurang kan untuk terlalu sangat nak cerita segala masalah kita pada orang lain. Latih diri sebagai seorang HIV yang CEKAL dan KENTAL…memang emosi kita seorang HIV biasanya kadang-kadang tak berapa stabil, jadi nak berkongsi sekali-sekala boleh la. Maksudnya jangan kerap sangat. Hormati rakan2 kita juga, kerana mereka juga perlu berjuang untuk diri mereka.

3)       Kalau korang tak selesa dengan cara kat atas, korang bole je citer dengan Doktor yang merawat korang. Sebab mereka ni memang pandai dalam pujuk memujuk. Tapi nasib-nasib jugak sebab ada Doktor yang pendiam dan terlalu sopan. Tapi x pe, korang citer jerk….heheheh…kadang-kadang mereka ni sibuk juga, jadi masa untuk kita adalah terbatas. Faham2 sahaja, dia mungkin Doktor untuk orang lain jugak…..


Jadi tu je lah entry merapu kali ini….pada semua rakan-rakan senasib, jangan malu-malu nak kongsi masalah atau cerita anda….sama-sama kita berjuang demi hidup yang lebih baik dan sejahtera.


p/s: Jangan kita jer nak share masalah dengan orang, sesekali kita pulak jadi pendengar masalah rakan senasib yang lain.Hehehe..ren

Thursday, 8 December 2011

Takot mati?????



Assalamualaikum semua....

Mungkin tajuk kali ni agak sentap sikit...

Tapi mari kira kupas sikit2 supaya kita lebih jelas dan bersedia......
Sebelum kita jauh melewati tajuk ini mari kita renung betul2 firman Allah di dalam 

Al-Quran surah Al-anbiyaa' ayat 35 yang bermaksud:

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."

Jika kita renungkan ayat di atas pasti kita tidak akan cemburu dengan kehidupan orang lain. Bahkan kita seharusnya rasa lega kerana setiap yang bernyawa,  waimah seekor semut pasti akan mati juga akhirnya. Bukankah itu sduah cukup jelas? Jadi mengapa seorang pesakit HIV takut sangat dengan kematian?? Betul x??
           
Tapi kebanyakan pesakit HIV selalu bimbang dan takut dengan kematian kerana apa yang digambarkan dalam media adalah sangat mengerikan...Manakan tidak, semua pesakit HIV digambarkan mati dalam keadaan bernanah, berkudis, kurus kering ibarat mayat hidup serta bermacam2 lagi bentuk yang menjijikan dimata masyarakat umum...

Cuba renungkan ini pula: Firman Allah dalam surah al-waaqi'ah ayat 60 yang bermaksud:

"Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan bukanlah Kami lemah"
 
Jelas dalam ayat di atas menyatakan bahawa Allah telah pun menentukan kematian diatara kamu...maka kita tidak perlu risau, walaupun HIV positif belum tentu kita akan mati seperti mana yang digambarkan. Kerana hanya Allah yang tahu tentang kematian hambanya. Oleh itu janganlah kita runsing dan terlalu bimbang tentang kematian kita walaupun sebagai pesakit HIV (saya ingatkan diri saya juga)....serahkan sahaja pada Allah....

Kita tidak seharusnya menjadikan MATI sebagai modal untuk seorang pesakit HIV berputus asa dengan kehidupan dunia, Malah dalam agama sendiri menuntut kita memperbanyakkan mengingati mati. Sebagaimana dalam sebuah hadis:

Perbanyaklah mengingat kematian. Seorang hamba yang banyak mengingat mati maka Allah akan menghidupkan hatinya dan diringankan baginya akan sakitnya kematian. (HR. Ad-Dailami)

Dalam hadis yang lain pula berbunyi: 

Janganlah seorang mati kecuali dia dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah. (HR. Muslim)

Kedua2 hadis diatas jelas menunjukan bahawa setiap insan harus mengingati mati, kerana dengan mengingati mati itu pasti ada hikmahnya, dan setiap kematian perlu dalam keadaan baik sangka dengan Allah....Oleh itu janganlah kita pesakit HIV menganggap kematian kita nanti satu penghinaan Allah pada hambanya, kerana Allah dengan ZAT Nya yang Maha Mengetahui, tahu apa yang terbaik buat kita…

Nabi pernah mengingatkan kita bahawa kematian di akhir zaman akan amat ditakuti oleh umatnya kerana terlalu cintakan dunia…

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; 

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 
(H.R. Abu Daud)

"Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.
Oleh yang demikian sebagai pembawa HIV kita seharusnya bersyukur kerana Allah telah pun menghantar “signal” supaya kita tidak terlalu cintakan dengan dunia, dan menjadikan mati itu sebagai penguat azam untuk berusaha menjalani hidup dengan lebih baik……
Oleh yang demikian, bangkitlah wahai penderita HIV….jangan jadikan mati itu sebagai alasan untuk kita terus sahaja berduka dan bermuram durja. Tiada apa yang kekal melainkan ALLAH….cintakan mati, rindukan mati…insyallah, kita pasti akan lebih tabah dalam megharungi ujian ini..

Firman Allah dalam surah Al An’aam: ayat 2 yang bermaksud:

“Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu).”

Allah juga menginagtkan kita dalam firman nya  dalam surah Al Ahzaab: ayat 16 yang bermaksud:

“Katakanlah: "Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja".


p/s: Pada semua pembawa HIV dan pederitanya kematian adalah sangat pasti. Jangan difikirkan bagaimana kita akan mati. Tapi sentiasa ingatkan diri kita supaya cinta pada mati dan bersedia dengan pemergian yang hakiki.Kerana Allah lah jua tempat kita kembali.

Wednesday, 7 December 2011

Adakah ini harapan bagi kita???

PD 404,182 is a virucidal small molecule that disrupts hepatitis C virus and human immunodeficiency virus

  1. Ana Maria Chamouna,
  2. Karuppiah Chockalingama,
  3. Michael Bobardtc,
  4. Rudo Simeona,
  5. Jinhong Changd,
  6. Philippe Gallayc,1 and
  7. Zhilei Chena,b,1
+ Author Affiliations
  1. aArtie McFerrin Department of Chemical Engineering, Texas A&M University, 3122 TAMU, College Station, TX 77843
  2. bDepartment of Microbial and Molecular Pathogenesis, Texas A&M Health Science Center, College Station, TX 77843
  3. cDepartment of Immunology and Microbial Sciences, IMM-9, The Scripps Research Institute, 10550 North Torrey Pines Road, La Jolla, CA 92037
  4. dDrexel Institute for Biotechnology and Virology Research, Department of Microbiology and Immunology, Drexel University College of Medicine, Doylestown, PA 18902

ABSTRACT

We describe a virucidal small molecule, PD 404,182, effective against hepatitis C virus (HCV) and human immunodeficiency virus (HIV). The median IC50 values for the antiviral effect of PD 404,182 against HCV and HIV in cell culture are 11 μM and 1 μM, respectively. The antiviral activity of PD 404,182 is due to physical disruption of virions that is accompanied to varying degrees (depending on the virus and exposure temperature/time) by release of viral nucleic acids into the surrounding medium. PD 404,182 does not directly lyse liposomal membranes even after extended exposure and shows no attenuation in antiviral activity when pre-incubated with liposomes of various lipid compositions, suggesting that the compound inactivates viruses through interaction with a non-lipid structural component of the virus. The virucidal activity of PD 404,182 appears to be virus-specific as little to no viral inactivation was detected with the enveloped Dengue and Sindbis viruses. PD 404,182 effectively inactivates a broad range of primary isolates of HIV-1 as well as HIV-2 and simian immunodeficiency virus (SIV), and does not exhibit significant cytotoxicity with multiple human cell lines in vitro (CC50 > 300 μM). The compound is fully active in cervical fluids although exhibiting decreased potency in the presence of human serum, retains its full antiviral potency for over 8 h when in contact with cells and is effective against both cell-free and cell-associated HIV. These qualities make PD 404,182 an attractive candidate microbicide for the prevention of HIV transmission through sexual intercourse.

Untuk Semua Pelawat Blog ni...




Mendung berarak dalam hidupku....
Tak siapa tahu derita kalbu..
Tiap jelmaan malam dan siang..
Air mata ku bagaikan hujan...

Usahlah diri ini dibezakan..
Usahlah diri ini disisihkan...
Kita semua dientas dunia yang sama...

Ku sedar diri serba kekurangan...
Meratap dan mencari perhitungan...
Darimu insan ku gantung setinggi harapan...
Pada mereka yang membantu redhakan lah aku..
setiap ujian diberi ku bawa kemati...


Terima kasih pada mu teman...
Selamat tinggal aku ucapkan....
Dimalam sunyi yang memisahkan..
Air mataku bagaikan hujan...


p/s: Sapa2 yang masuk BLOG ni, dengarkan lah kejap lagu ni..Hayati Lirik dia...Itu antara apa yang saya rasa sebagai HIV+....dengar kan ye

Kenal Doktor Kita....

Salam semua...

Kali ni nak citer siket tentang kita kenal ke x Doktor kita?

Bila gathering hari tu, ramai lah rakan2 yang cerita tentang Dr mereka..Bahkan AHP sendiri ada Dr yang selalu di war2 kan didalam BlOG beliau...

Agak cemburu sedikit bila mereka katakan Dr yang merawat mereka sangat sporting dan Open minded...Tapi kenapa lak aku nak cemburu ni???

Citenye macam ni, kat tempat aku ni Dr nye sOrang je..Dr.Jalil namanya..

Diskripsi Dr Jalil:
Umur dalam 40an
kurus2
Perwatakan: serius/susah senyum & Pendiam

Mula kenal ..Dr jalil langsung x senyum...dalam hati aku..berat ke nak senyum dengan pesakit HIV atau dia memang begitu?? tapi selepas 7 bulan lebih mengenali beliau, rupanya memang sikap dia begitu. Namun apa yang best tentang Dr aku ni, masa mula2 aku citer macam mana aku dapat HIV..dia x kondem aku..malah dia bg nasihat sehinggakan menyentuh hal peribadi.. tapi x mengapa sebab dah tugas beliau...malah tiada rahsia peribadi berkaitan kesihatan aku..semua aku citer kat dia..(cuma ada satu benda belum diberitahu)

Cuma dia memang x suka senyum...Dokter oh dokter..bila lah nak senyum kat aku nie???paling tidak sikit pn jadik lah..heheheh

Pendiam nye DR jalil ni..sampaikan CD4 aku sendiri yang kena tanya..kalau x tanya dia x cakap...soalan yang biasa di tanya..ada ruam??ada demam???ada batuk??...heheh...sesekali nak jugak lah di tanya..dah makan ke encik???

Tapi x mengapa, aku x ragu2 tentang keupayaan beliau dalam merawat aku..malah aku berterima kasih kerana dia seorang yang professional dalam merawat...

kepada Dr Jalil..saya izinkan diri inidirawat oleh DR..rawat lah saya sebaik mungkin...

p/s:kepada Doktor2 diluar sana yang merawat pesakit HIV, harap2 anda lebih mesra dengan kami, HIV ni kami x rasa sakit, tapi lebih kepada permainan emosi dan perasaan. Kami mudah sensitif dan lebih inginkan perhatian...kami x mintak secara TOTAL tapi cukup sekadar sedikit perhatian...

Tuesday, 6 December 2011

Pertemuan Kali Pertama (entry 1)


Pada hari sabtu yang lepas (3/dis/2011) aku betul teruja dan tak sabar nak jumpa dengan rakan2 senasib yang selama ini kami hanya berhubung melalui sms, email dan telifon sahaja...Hati ku bagaikan dipaut2 untuk berjumpa dengan mereka....agak2nya macam mana lah mereka..heheheh

Pukul 9.30mlm aku pun bertolak dari rumah dan menuju ke LCCT untuk menjemput sedara ku yang senasib (Azam)yang datang dari jauh...Dalam hati, agak2nya macam mana lah azam orangnya...sbb dalam telifon memang peramah...rasa malu pun ada nak jumpa, maklum kali pertama berjumpa secara direct....pukul 11.00pm aku pun sampai di LCCT dan buat pertama kali aku berjabat tangan degan sahabat seperjuangan ku...jauh disudut hati, aku menangis gembira....azam orangnya tinggi dan putih, namun seperti dijangka, pertemuan kami x sekekok yang disangka...macam dah lama kenal pulak...Lepas tu, kami direct ke rumah penginapan kami (saudara Luqarufeeqa)......disana seoarang lagi (Halim) sudah pun menunggu....

Sebaik sampai, aku disambut oelh luqa dan halim...dipendek kan cerita..kami xde masalah langsung...jumpa2 terus bergurau2....(Ya Allah kan bagus kalau masyarakat menerima kami sebegini tanpa sebarang diskriminasi)....

Malam tu aku dgn halim memang x tidor sampai ke pagi...macam2 borak...sbb aku rasa masa singkat sgt untuk semua tu..maklum..jumpa bukannya lama..setakat 2 hari...

pagi esoknya begerak ke rumah Luqa dimana adindanya melangsungkan perkahwinan dan menjadi raja sehari....Apa yang aku tahu, akan ada ramai yang dtg, cuma yang aku pasti yang datang adalah AHP,Laila dan Nazim...yang lain x tahu pulak....

Masa sampai, aku tertnya2 mana satu AHP???maklum x pernah jumpa...Rock ke dia???atau berkopiah ke dia???masing2 x tahu....so aku pun amik makan dulu....Tiba2 masa makan, datang seorang mamat ni..gayanya macam orang penang..hehehe..dia pun kenal kan diri...saya fareez...Heheh..rupany2 ni lah abag fareez ye...orangnya peramah gila..best..x kekok...

x lama selepas tu, AHP, Laila, Fariza, shah sampai.....wah dalam hati aku bestnya.....ni nah mereka..heheheh..AHP smart orangnya...si Laila memang ayu dengan baju kurung moden, shah pulak diam sbb aku pun baru kenal...fariza pulak..bnyak persamaan dgn aku..hahaha..x lama lepas tu nazim pulak sampai...kecoh yang amat dengan perbualan masing2...

Masa kejap jerk..x sangka hampir 3 jam lebih jugak bersembang dengan mereka semua...macam2 cerita..yang pasti..kami dapat buktikan kepada orang luar, bahawa PLHIV juga mampu hidup gembira dan normal seperti oarang lain....x perlulah nak mendiskriminasi kami.....

Seronok dan juga bangga..insyallah aku akan terus kuat..


Bila di "JUDGE"


Salam semua...(Hye..lama x update blog ni)
Kali ni nak share macam mana kena kutuk dengan orang apabila dia tahu kita ni pembawa HIV.....

Ceritanya macam ni....
Lepas disahkan HIV, tiap-tiap malam aku duduk depan komputer mencari maklumat macam mana nak rawat penyakit ni melalui kaedah rawatan alternatif...jadi macam-macam lah yang aku jumpa.....dalam sibuk-sibuk tengok info tentang rawatan alternatif, aku berminat dengan satu laman BLOG berkaitan Rawatan Secara Islam...

Aku pun baca mengenai kaedah rawatan yang ditawarkan di BLOG tersebut. Ternyata maklumat dalam BLOG berkenaan sangat menarik, manakan tidak yang menulisnya bukan calang-calang orang, Semuanya bergelar ustaz. Banyak respon dari pesakit-pesakit yang menderita sakit fizikal mengatakan ada perbezaan bila berubat dengan pusat rawatan islam tersebut. Tapi bila aku baca lebih banyak, ternyata tak de satupun respon mengenai rawatan HIV....

Tapi aku x putus asa, aku terus email kepada admin BLOG berkenaan. Alhamdulilah, respon diberi dengan cukup baik, mereka mengatakan bahawa HIV boleh dirawat insyallah. Masa tu berbunga-bunga hati dengan harapan adalah sembuhnya nanti. Admin Blog berkenaan meminta aku pergi ke cawangan pusat perubatan beliau yang berada dekat dengan tempat ku. Selepas alamat diberi, 2 hari lepas tu aku pon pergi lah kesana....

Pukul 7.30pagi aku dah terpacak dekat pusat rawatan tersebut, ternyata ada orang yang lagi awal dari aku. Tapi aku xkesah kan mereka, sbb pada aku harapan untuk sembuh dari HIV memang menebal. Aku pon park kereta, dan jalan masuk ke pusat rawatan. satu benda aku x bawak, sebab aku tak tahu rawatanya macam mana. Lepas masuk, aku disuruh isi borang untuk memulakan rawatan. Ternyata memang rawatan yang deberi menggunakan ayat AL-Quran...(lega bila dengar)

dalam borang tu, ada dorang suruh tulis sakit apa...Huhuhuh..xkan aku nak tulis HIV kot..sebab borang tu akan bibaca orang lain (kalau orang lain dapat tahu, mati lah aku heboh nanti)....jadi aku pun letak "Masalah Peribadi"........

Lepas sejam tunggu, tiba2 ustaz yang menjaga kaunter tu pon panggil.....(kaunter tu dekat jerk dengan oarang lain yang menunggu giliran). Aku pun datang dekat dengan ustaz tu, dia pun tanya:

Ustaz: 'Kamu sakit apa?'
Aku: Saya takot nak bagi tahu ustaz
Ustaz: tak pe awak bagi tahu jer, sebab dalam borang ni awak kata ada masalah peribadi..
Aku: Sebenarnya saya ni ada HIV ustaz....jadi saya datang nak berubat secara islam kalau boleh...
Ustaz: Ehm..Sebenarnya ni adalah BALAK untuk kamu, memang X DE UBAT UNTUK KAMU..sekadar mengurangkan boleh lah itu pun kalau berjaya...

Masa ustaz cakap macam tu, bergetar jantung aku...ingatkan dapat lah jugak belas kasihan, tapi tak pun..terus dia cakap macam tu....masa tu baru aku tahu seorang ustaz pun x paham perasaan pembawa HIV...serius masa tu memang nak nangis, nasib baik orang depan kaunter tak dengar......


lantas ustaz tersebut bacakan sesuatu dekat dada aku dan ubun-ubun kepala...masa tu aku memang dah down giler..sebab sanggup ustaz tu cakap macam tu....dia pun tangkal sebotol air untuk aku minum, dia jugak suruh aku cari akar pokok seroja untuk buat herba..


Ustaz: kamu ni kena datang tiap2 minggu...
Aku: Insyallah....


Aku pun balik...lepas tu x pernah datang lagi......

Dalam kereta aku tertanya2..macam tu ke layanan seorang ustaz pada pesakit HIV...
xpelah....aku x salahkan dia, memang aku dapat benda ni atas dosa aku sendiri. semoga akan ada ustaz yang lebih memahami, ini kerana degan gelaran USTAZ ramai yang mahu kan bimbingan dan dorongan, lebih2 lagi pesakit HIV....



p/s: Aku x mintak HIV, tapi aku redha bila dapat sebab semua memang atas dosa aku. Aku ingat seorang ustaz lebih paham apa yang aku alami, kerana dengan ilmu agamanya yang tinggi. Namun dalam hal ni ternyata tidak...Harap2 ustaz2 luar sana jangan lah HUKUM kami dengan Perktaan BALAK......walaupun ringkas tapi mendalam maksudnya...menusuk hati.....bimbinglah kami wahai pembimbing agama....